Jun 22, 2015

Gambar Lelaki Playboy Tipu Ajak Kahwin Sebelum Rompak Mangsa

Zaman sekarang orang sama bangsa dan agama sendiri pun sudah tidak boleh dipercayai.

Abd Rahman Hassan penipu

Buktinya, dalam keberkatan ingin menyambut ambang ramadhan beberapa hari lalu, seorang wanita menjadi mangsa penipuan ‘bakal suaminya’ sendiri.

Lelaki tersebut bukan sahaja memain-mainkan hati dan perasaan mangsa malah sanggup melarikan wang serta perhiasan emas milik mangsa.

Berikutan itu, suspek yang dikenali sebagai Abd Rahman Hassan menerima kecaman dan kritikan hebat daripada netizen selepas kisahnya terbongkar menjadi viral di media sosial sejak minggu lalu.

Kereta Abd Rahman Hassan
Kereta lelaki penipu.

Ikuti luahan lanjut rakan mangsa tentang kes ini;

Kisah seorang manusia yang menganiaya manusia lain di ambang ramadhan. Kejadian berlaku semalam, 17 Jun 2015.

Ringkasan cerita..

Lelaki yang berperwatakan baik, kelihatan sopan ini, adalah manusia bertopengkan syaitan.

Dia berkenalan dengan sahabat saya, berkawan, menunjukkan keikhlasan untnk berkahwin, berjumpa ibu bapa dan keluarga mangsa, sebelum melarikan wang tunai serta gelang emas mangsa.

Dia bawa sahabat saya ke Mid Valley, konon-kononnya nak beli barang kemas untnk hantaran merisik. Buat helah suruh sahabat saya buka gelang emas, letak dalam handbag, dan tinggalkan semua tu dalam kereta dia. Dalam handbag tu ada purse yang berisi wang tunai RM1000 bersama dokumen penting lain.

Bawa pergi coffee bean, suruh sahabat saya tunggu kejap (konon nak jemput kakak kat dia dalam tu), dan kemudian lesap tak muncul-muncul, serta telefon bimbit telah dimatikan.

Memang jumlah kerugian tak banyak mana, dan alhamdulillah sahabat saya tak diapa-apakan.. cuma yang terkilan, sampainya lah hati dia main-mainkan perasaan orang tua yang berharap utk melihat anak perempuan mereka berkahwin.

Sahabat saya bukan orang senang. Mak ayah dah tua dan tak sihat. Tak kesian ke tengok orang tua tu. Ko tiada mak bapak ke apa?

Dari gaya percakapan dan bahasa tubuh yang natural, saya yakin Ini memang kerja full time @ part time dia.

Sebarkan, agar tiada lagi wanita serta ibu bapa yang kecewa tertipu dengan makhluk ni.

BACA INI JUGA: Tips Bagi Wanita Mengenali Lelaki Buaya Darat

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon