Jun 3, 2015

Erra Fazira Kini Bertudung Litup

Sejak akhir-akhir ini nama diva popular Malaysia Erra Fazira tiba-tiba menjadi topik hangat peminat hiburan apabila tampil berimej berturban dalam minggu-minggu akhir pertandingan Kilauan Emas musim kelima.

Erra Fazira Kini Bertudung Litup

Perubahan itu sedikit sebanyak menimbulkan persoalan ramai mengenai imej baharu bekas Ratu Cantik Malaysia/Dunia 1992 yang seolah-olah ingin mengikuti jejak langkah rakan selebriti lain.

Spekulasi bertambah kencang apabila Erra Fazira meluahkan impiannya menerusi sebuah akhbar tempatan untuk berhijab penuh suatu hari nanti.

Bagaimanpun, hari ini sekeping gambar menunjukkan Erra Fazira bertudung litup bersama rakannya muncul menjadi viral di media sosial.

Menerusi kapsyen tersebut, rakannya meluahkan kesyukuran mengenai penghijrahan selebriti jelita ini yang sudah bertudung litup.

“Alhamdulillah! Looking pretty as always. Semoga penghijrahan ini membawa keberkatan. Doakan kami sekali,” tulis salah seorang rakan Erra Fazira.

Erra Fazira Kini Bertudung Litup [2]

Kenyataan rakan kepada Erra Fazira ini menarik perhatian ramai peminat hiburan dan pengamal media yang nyata terkejut bercampur bergembira akan penghijrahan primadona terkenal itu.

Jika benar perkhabaran yang disampaikan ini, kita doakan moga Erra Fazira terus istiqamah dengan penghijrahannya.

BACA INI JUGA: Pekerja Dianiaya Syarikat, Sebab Berpakaian Tutup Aurat?!

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Cantik....ayu..tapi.......emmmm

semoga terus diberikanNya hidayah untuk menjadi lebih baik. Amin.

Alhamdulillah...moga ianya berterusan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon