Jun 17, 2015

Elaun Rumah Kakitangan Awam Dinaikan RM300

Berkuatkuasa mulai 1 November 2015, kadar baru terendah Imbuhan Tetap Perumahan Kakitangan Awam dinaikan RM300 dari RM180 sebulan.

Elaun-Rumah

Kenaikan kadar imbuhan itu bagaimanapun hanya melibatkan penjawat awam gred 41 ke bawah sahaja. Bagi penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan pula akan mendapat tambahan 25% dari Imbuhan Tetap Perumahan itu.

Pengumuman itu dibuat di perhimpunan bersama penjawat awam, Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang keempat belas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Terdahulu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta gaji minimum penjawat awam dinaikan kepada RM1,200 sebulan dari RM900 bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

CUEPACS juga turut meminta agar elaun rumah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak diseragamkan berikutan kadar sewa rumah pada masa ini agak tinggi.

BACA INI JUGA: Pemburu Duit Syiling Di India

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon