Friday, June 05, 2015

Donkey’s Ear, Iconic Gunung Kinabalu Sah Musnah!


Sebaik gegaran yang berlaku di Sabah pagi ini, pelbagai laporan mula diterima mengenai kemusnahan yang berlaku di negeri itu.

Donkey’s Ear Damaged

Antara yang mendapat perhatian paling besar kini ialah kemusnahan yang berlaku di Gunung Kinabalu, gunung kebanggaan rakyat negara ini.

Malang sekali bahagian yang dikenali sebagai Donkey’s Ear, yang kerap menjadi latar belakang untuk bergambar di gunung itu mengalami kemusnahan yang agak ketara.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun melalui akuan twitter beliau.

“Berita buruk disahkan! Sebahagian ikonik Donkey’s Ear @Gunung Kinabalu telah musnah akibat gegaran pagi ini,” katanya.

Donkey’s Ear Damaged Masidi Manjun

Salah satu bahagian telinga itu dikatakan patah dan jatuh ke kawasan yang dikenali sebagai Low’s Gully.

Pastinya ini adalah sesuatu yang menyedihkan.

Apa pun, kita hanya mampu berdoa agar selain nyawa orang awam terselamat, keindahan semua tempat di Sabah juga dipelihara Allah.

BACA INI JUGA: Kisah Luar Biasa Lelaki Pembelah Gunung!

Sumber: Mynewshub.cc

2 comments

  1. Pinjaman Allah wajib kita pelihara..

    ReplyDelete
  2. Peringatan buat kita semua.. tiada yg kekal di dunia ni.. Allahuakbar...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon