Wednesday, June 17, 2015

Anggota KPDNKK Dikecam, Berfoto Ria Selepas Rampas Barang Peniaga


Tidak sensitif dan memalukan! Itu yang boleh dikatakan terhadap perbuatan sekumpulan penguatkuasa KPDNKK yang dirakam bergambar “macam comel” bersama barangan peniaga yang dirampas, baru-baru ini.

KPDNKK

Perbuatan mereka kemudiannya dirakam oleh mangsa yang menyifatkan perbuatan itu tak patut kerana ianya seakan-akan tidak mempedulikan kesedihan peniaga yang baru dirampas barangan mereka.

Rasanya cakap banyak pun tak guna kerana gambar menjadi bukti segala-galanya.

Sekiranya benar mereka bertindak demikian maka apa yang boleh dikatakan perbuatan mereka telah mencemar nama baik jabatan yang diwakili.

Sepatutnya tugas penguatkuasaan dijalankan dengan penuh profesional tapi kalau macam ini gayanya tak nampak celah mana profesionalnya tu.

KPDNKK [2]

Diharapkan bos KPDNKK dapat menghantar kakitangannya menghadiri kursus berkaitan SOP dan kemanusiaan sewaktu menjalankan tugas merampas sumber rezeki orang lain lepas ni, nak-nak di waktu dah dekat Ramadan dan Syawal ni..

Memanglah peniaga dah lakukan kesalahan tapi apa salahnya punyai sedikit perasaan empati kan?

BACA INI JUGA: Kisah Sahabat Nabi Yang 'Ditakuti' Doanya

Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon