May 13, 2015

Zamarul Dan Diana Rafar Nikah Semula 16 Mei Ini

Sebelum ini, pergolakkan rumah tangga antara Zamarul Hisham dan Diana Rafar mengejutkan ramai pihak apabila pasangan ini mengakui sudah sah bercerai secara diam-diam sejak 15 Januari lalu.

Zamarul Dan Diana Rafar

Namun, ternyata jodoh pasangan ini masih kuat untuk hidup bersama.

Memilih untuk ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’, Zamarul dan Diana bakal bernikah sekali lagi pada 16 Mei ini untuk kembali hidup bersama setelah empat bulan berpisah.

Dalam laporan Harian Metro, Diana mengakui memegang gelaran ibu tunggal selama empat bulan bukan sesuatu yang mudah bagi dirinya.

Apatah lagi, perpisahan ini membuatkan perasaan sayang Diana terhadap Zamarul semakin bertambah.

“Mungkin jodoh kami masih kuat bersama, keputusan untuk rujuk semula adalah yang terbaik buat kami sekeluarga.

“Memandangkan saya dan Zamarul pernah bernikah pada 16 Mei 2009, jadi tarikh sama dipilih untuk rujuk semua. Doakan semoga segalanya dipermudahkan,” katanya yang menganggap perceraian lalu ada hikmah buat mereka.

Sementara itu, Zamarul meluahkan keyakinannya yang jodoh mereka pasti terjalin semula cepat atau lambat.

Pastinya berita ini dinanti-nanti oleh peminat hiburan yang sentiasa mendoakan agar pasangan selebriti ini disatukan kembali.

Diharap moga Zamarul dan Diana bahagia hingga akhir hayat.

BACA INI JUGA: Zarina Zainuddin Dedah Rahsia Bahagia Bermadu

Sumber: Rotikaya

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Alhamdulillah...moga kekal hingga ke jannah

amiiiin semoga bahagia selalu menjadi keluarga sakinah mawadah warohmah hehehe do'a kaya yang baru nikah ajah iya :)

Alhamdulillah.. mudah2an baik2lah hendaknya semua... aamiin.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon