Friday, May 15, 2015

Video Pekerja KFC Yang Sangat Menjijikkan Tersebar


Sebuah video yang tersebar meluas ini pastinya memberi tamparan kepada penggemar makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC).

KFC

Video yang kini viral, menunjukkan bagaimana dua orang pekerja KFC mencuci ayam dengan cara yang sangat jijik.

Tetapi jangan khuatir, anda boleh menarik nafas lega kerana video ini bukannya berlaku di Malaysia.

Kejadian ini dilaporkan berlaku di KFC Braamfontein, Afrika Selatan.

Mereka kelihatan membaling ayam di lantai dan menjirusnya dengan air dan pastinya lantai tersebut kotor.

Video yang dimuatnaik di Youtube ini mendapat respon negatif dari pengguna laman sosial dan ditonton hampir 226,000 ribu kali sejak dimuatnaik Mei pada minggu lepas.

Kes ini telah mendapat perhatian pengurusan KFC Afrika dan telah menjalankan siasatan berkenaan isu terbabit.

BACA INI JUGA: Yaks! Hidangan Lazat Keju Berulat!


Sumber: Mynewshub.cc

1 comment

  1. ko begitu iya .. sungguh menjijikan banget lihat video nya ihh ..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon