Wednesday, May 27, 2015

Selepas Kes Bendi, Roti Tisu Pula Dicaj RM11


Selepas digemparkan apabila sebuah restoran nasi kandar popular cawangan Bukit Jambul, Pulau Pinang dikritik kerana mengenakan caj tak masuk akal iaitu RM20 untuk lima batang bendi, kes hampir serupa berulang.

Roti Tisu RM11

Kali ini, ia dikatakan berlaku membabitkan restoran sama cawangan Petaling Jaya apabila sekeping roti tisu dicaj pada harga RM11! Memang betul-betul cekik darah.

Berdasarkan bukti resit yang tersebar di media sosial, sememangnya tuduhan yang dikemukakan si pengadu berasas kerana harga yang tertera sememangnya RM11.

Selain itu, kedua-dua kejadian tersebut berlaku pada tarikh yang sama iaitu 23 Mac lalu.

Kita tunggu dan lihat apa jawapan si pemilik restoran terhadap kes ini pula. Takkanlah empunya diri nak menggunakan alasan sama iaitu kesilapan teknikal, kan?

Apa-apapun, seandainya kes tersebut benar-benar berlaku, pihak berkuasa patut mengambil tindakan tegas terhadap pemilik restoran nasi kandar berkenaan.

Nak mencari untungpun, biarlah ia setara dengan jualan yang dibeli, kan?

BACA INI JUGA: Salahkah Rakyat Mengeluh Isu 1MDB, TH Dan GST?

Sumber: Mynewshub.cc

6 comments

  1. Fuhhh mahal giler tu....agak2 lah kalau nak kaya cepat

    ReplyDelete
  2. Itulah masalahnya skrg, semua nak jd jutawan..

    ReplyDelete
  3. mahal mcn pon orang tetap pegi kedai dia.. tp kan cashier tu org kita ke? atau main taram je kat mesin tu...

    ReplyDelete
  4. Mahalnya. tisu apa dia pakai sampai harga macam tu sekali.

    ReplyDelete
  5. salah cashier tu kot ...takkan mahal mcm tu sekali

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon