May 19, 2015

Pandikar Malukan Saya, Beri Gambaran Saya Pembohong - Tun Mahathir

“Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memalukan saya dengan berkata dia tidak letak jawatan.”

Tun Dr Mahathir VS Pandikar

Ini kenyataan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang menjelaskan Pandikar ada datang berjumpa dengannya walaupun tidak diminta berbuat demikian.

“Dia ceritakan tentang perasan tidak puas hati dengan Datuk Seri Najib (Abdul Razak). Dan dia kata dia nak letak jawatan.

“Bahkan dia kata dia sudah tidak jadi speaker dah. Itu yang dia cerita kepada saya.

“Dia ceritalah sikit perasan tidak puas hati dengan layanan Parlimen terhadap dia sebagai speaker.

“Lepas itu dia tanya saya apa perlu saya buat. Saya kata kalau dia nak resign resignlah. Saya percaya dia cakap sudah bagi surat kepada Najib kata dia nak resign,” katanya di pelancaran buku ‘Dr Mahathir’s selected letters to world leaders’ di Perdana Leadership, di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata beliau cuma mengulangi apa yang Pandikar cakap kepadanya.

“Dia kata seperti saya ini bohong. Ini tak payahlah. Malulah saya,” katanya.

Di dalam ucapannya semasa melancarkan buku itu, Dr Mahathir berkata Pandikar tidak berpuas hati dengan hiasan dalaman di pejabat Parlimennya yang berada di dalam keadaan teruk dan mungkin juga itu antara sebab untuk beliau menyatakan ‘hasrat untuk meletakkan jawatan.’

Dakwaan Dr Mahathir tentang peletakkan jawatan speaker Dewan Rakyat itu disangkal oleh Pandikar.

Pandikar seperti biasa mempengerusikan Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-13.

KEMASKINI

Tun Mahathir Aibkan Diri Sendiri – Pandikar Amin

Memetik Astro Awani, Pandikar berkata, “saya mohon kemaafan jika ia mengguris hati Tun M, saya tak mahu aibkan dia, sebagai respon Tun M semalam yang menyifatkan saya memalukan dia, bagi saya kenyataan Tun M yang memalukan dirinya sendiri apabila melanggar etika kerahsiaan yang seharusnya pertemuan itu tidak patut dizahirkan kepada sesiapa.

“Saya jumpa Tun M di Yayasan Bukhari pada 13 Mac 2013. Dalam pertemuan itu kami bincang banyak perkara politik semasa dan saya akui sudah curahkan isi hati kekecewaan dan tugas Yang Dipertua Dewan Rakyat selain meluah rasa hendak meletak jawatan Speaker.

“Saya curahkan isi hati kepada Tun M seumpama seorang anak kepada bapa. Seperti mana dimaklumkan, Tun M mungkin terlalu ghairah hendak menjatuhkan Najib kerana menyarankan saya untuk meletak jawatan,” katanya dalam sesi sidang media yang diadakan di kediaman rasminya

"Saya harap selepas ini semua selesai,jangan kejar saya di parlimen,telefon saya untuk isu ini lagi".

BACA INI JUGA: Salahkah Rakyat Mengeluh Isu 1MDB, TH Dan GST?

Sumber: Astroawani.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Tak suka menuduh...tapi kalau betul lah...berapa banyak duit telah dilaburkan supaya speaker buat U-turn...?

Inilah namanya politik. Kotor dan jijik..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon