Monday, May 18, 2015

Diploma Pelajar UiTM Digantung Setahun Selepas Selfie


Tindakan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21, mengambil gambar selfie ketika menerima skrol daripada Pro Canselor UiTM Tan Sri Dr Arshad Ayub baru-baru ini menerima pelbagai reaksi sama ada positif mahu pun negatif daripada pelayar Internet.

Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi

Ramai pihak menyifatkan perbuatan graduan jurusan Fotografi UiTM Lendu itu sebagai tidak beretika kerana melanggar batas protokol majlis rasmi berkenaan.

Menjelaskan tujuannya bergambar selfie pada majlis tersebut, Hasrul mengatakan dia tidak mengetahui perbuatannya itu adalah menjadi satu kesalahan.

“Saya fikir tindakan itu tidak salah, mengambil gambar selfie juga simbolik untuk pelajar jurusan fotografi.

“Tidak salah untuk saya ‘merakam’ detik bersejarah dalam hidup selepas bertungkus-lumus selama dua tahun setengah untuk mendapat segulung diploma.

“Saya minta maaf jika tindakan saya selfie atas pentas ketika istiadat konvokesyen berlangsung memalukan Universiti Teknologi Mara, saya tidak mampu mengawal perasaan teruja dan seronok selepas menerima segulung diploma,” katanya, memetik laporan sebuah akhbar mingguan.

Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi [2]

Menurut Hasrul dia mendapat ilham untuk melakukan aksi selfie selepas menonton video sekumpulan graduan dari sebuah universiti tempatan melakukan aksi tarian ketika menerima skrol mereka.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar mengesahkan graduan berkenaan digantung diplomanya untuk tempoh setahun atau dua tahun selepas bertindak memalukan UiTM.

“Tindakan dia memalukan UiTM, pelajar sudah diberi penerangan dan garis panduan sebelum memasuki dewan termasuk larangan selfie di atas pentas.

“Dia sepatutnya menghormati majlis dan pensyarah yang meraikannya,” kata beliau.

Cukup sekadar minta maaf

Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak akan menggantung pelajarnya Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21, sekiranya dia membuat permohonan maaf berhubung tindakannya ‘berselfie’ di pentas ketika berlangsungnya istiadat konvokesyen di UiTM Lendu Melaka.

Naib Canselornya, Tan Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, walaupun tindakan pelajar itu dianggap sebagai melanggar istiadat namun pihak UiTM masih ada ‘hati budi’ untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Tiada penggantungan sekiranya pelajar itu minta maaf, bagi UiTM cukuplah sekadar dia minta maaf, dan masalah itu selesai sekiranya dia berbuat demikian.

“Gantung kalau dia tidak minta maaf, kita gantunglah, untuk itu UiTM beri masa seminggu untuk dia minta maaf, kalau dia minta maaf tiada apa-apalah, orang Melayu senang maafkan orang. Itu bangsa kita, pesan saya jangan melanggar adat itu sahaja,” katanya ketika dihubungi.

Oleh itu, beliau berharap agar pelajar sentiasa mematuhi peraturan, jika tidak mahu sebarang masalah timbul.

“Konvokesyen adalah adat istiadat iaitu tertib mereka perlu patuhi semasa adat istiadat itu, kalau peraturan ini dia langgar apa yang kita tetapkan, ia dianggap tidak hormat istiadat, kalau kita biarkan perkara ini, semua orang akan buat.

“Kita ada 24,000 hendak graduan, dan berjam-jam 10 hingga 14 hari, kalau pelajar berbuat demikian dia akan lambatkan proses dan merosakkan istiadat, jadi sebab itulah saya tegas tentang perkara ini,“ katanya.

Muhammad Hasrul Haris graduan Diploma Fotografi mencetuskan kontroversi apabila berselfie bersama Pro Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub selepas menerima skrol ketika Istiadat Konvensyen UiTM ke-82 berlangsung.

BACA INI JUGA: Selfie Yang Membawa Padah

Sumber: Mynewshub.cc/Sinarharian.com.my

4 comments

  1. apala ni sure terpk nak buat kelainan la tu sekali memalukan diri sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah ciri-ciri tidak berkualiti pelajar kita..:(

      Delete
  2. Tak tahu nk ckp apa dah..Klau majlis rasmi camtu blh di selfie cara gtu tak dpt nk kata apalaaa..Kita ni klau buat slh seeloknya minta maaf..

    ReplyDelete
  3. Sedangkan bab agama kita sendiri memalukan diri sendiri,inikan pula cuma adat😁

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon