Thursday, April 23, 2015

Sandra Bullock Diiktiraf Wanita Tercantik Di Dunia 2015


Pelakon Hollywood, Sandra Bullock diiktiraf sebagai Wanita Tercantik Di Dunia bagi tahun 2015 oleh majalah People.

Sandra Bullock 2015

Ini sekaligus meletakkan Bullock yang sudah berusia 50 tahun sebagai wanita tertua pernah mendapat gelaran tersebut dalam majalah itu.

Pemilihan Bullock dikatakan bukan hanya berdasarkan kecemerlangannya dalam bidang lakonan semata-mata, tetapi termasuk personaliti dan kecantikan dalaman dan luaran pelakon itu.

Pemenang Oscor ini yang tidak sangka dipilih sebagai wanita tercantik dunia dikatakan menolak gelaran tersebut pada awalnya kerana merasa dia adalah seorang wanita biasa.

Bullock yang menempa nama menerusi filem Speed yang ditayang pada tahun 1994 berpendapat definasi cantik itu tersangat luas dan bagi dirinya, ia terletak pada peranannya sebagai ibu.

“Sejak saya mengambil Louis sebagai anak angkat, kehidupan saya bertambah lengkap. Kehadirannya dalam hidup saya adalah sebagai satu ingatan bahawa tiada apa yang lebih penting di dunia melainkan keluarga.

“Apatah lagi untuk tinggal di tempat seperti Hollywood yang mana semuanya lebih mementingkan kecantikan luaran. Lebih baik menjadi diri sendiri dan melalui sebuah kehidupan yang biasa,” jelas Bullock.

Sebelum ini, penyandang gelaran wanita tercantik bagi tahun 2014 adalah milik pelakon Mexico-Kenya Lupita Nyong’o.

BACA INI JUGA: Tips Kecantikan Yang Pelik Tapi Berkesan!

Sumber: Mynewshub.cc

1 comment

  1. mmg suka lakonan sandra bullock.. wow tak sangka plak umo dah 50 thn yer dah nenek nenek rupanya

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon