Apr 7, 2015

Neelofa Tolak Salam Dengan Lelaki, Kecuali Michael Ang?

Semua tahu, sekali lagi tonggak Manisnya Cinta Di Cappadocia iaitu Shaheizy Sam dijulang sebagai bintang paling popular setelah mendapat gelaran sama pada 2010 dan 2012.

Neelofa

Itulah ceritanya ketika berlangsung majlis yang mengiktiraf populariti selebriti tanahair berdasarkan undian peminat iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 yang dibuat di Arena of Stars, Genting Highlands.

Ketika masing-masing sibuk memberi tumpuan melihat artis kesayangan melaram dan persembahan memukau para penghibur, satu situasi melibatkan bekas pengacara Nona, Neelofa, menjadi perhatian.

Ketika namanya diumumkan sebagai pemenang, Neelofa yang dilihat terkejut, kemudiannya bangun dan menuju ke pentas untuk menerima trofi serta memberikan ucapan.

Biasalah, ramai rakan seperjuangannya termasuk Fara Fauzana dan Heliza Helmi dilihat bersalaman dan memeluk Neelofa sebagai tanda ucapan tahniah.

Neelofa-enggan-salam

Namun, ketika Neelofa sedang menuju ke pentas, seorang lelaki yang juga pengurusnya dikatakan menghulur tangan untuk bersalaman, namun ia tidak disambut pelakon Lemak Kampung Santan itu.

Senario tersebut kemudiannya menjadi buah mulut ramai dan kebanyakan mereka memuji tindakan yang diambil Neelofa kerana sedar akan batas-batas sebagai seorang wanita dengan bukan mahram.

Namun tak lama selepas itu, ada segelintir individu yang perasan akan tindakan Neelofa bersalaman dengan pengarah drama, Michael Ang sebelum naik ke pentas.

Ramai peminat memberi nasihat kepada Neelofa agar bijak menjaga batasannya, sementelah dia dikatakan baru pulang dari menunaikan ibadah Umrah.

Michael Ang

Tak apalah, mungkin Neelofa terlepas pandang atau terkejut dengan keputusan yang memihak kepadanya malam semalam sampai tak sedar tangan yang dihulur itu bukan tangan milik seorang perempuan tapi Micheal Ang!

Dalam pada itu, tak kira dalam apa situasi pun, golongan lelaki lebih-lebih lagi beragama Islam perlulah menjaga adab dan sensitiviti terutama apabila seorang wanita itu berhijab. Hormatilah mereka...

BACA INI JUGA: Ketahui Kuasa Pujuk Rayu Seorang Wanita

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

5 comments

Assalammualaikum... SP,

tahniah atas kemenangan neelofa ...

mselim3

Waalaikumsalam mSelim. Tahniah atas kemenangan Neelofa, semoga terus suksess..:)

Neelofa mmg layak menang.. tahniah buat beliau..

Cik akak tak minat neelofa..haha..
Jadi cik akak tak nak sokong dia..huhu

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon