Apr 22, 2015

Mudahnya Memiliki Gereja Sendiri, Mandat Tuhan Atau Keuntungan Lumayan?

Kini sesiapa sahaja boleh membuka gereja: anda hanya perlu cari satu premis kosong, bayar deposit, cacakkan papan tanda, beli beberapa perabot dan alatan muzik, dan….Tahniah, kini anda bergelar pemilik pusat keagamaan Kristian!

Gereja

Hakikat pada masa kini ialah terdapat ribuan gereja milik persendirian yang giat beroperasi di serata Malaysia.

Ada yang bergerak aktif daripada lot rumah kedai, pejabat, gudang dan banglo lama. Malah, terdapat juga beberapa gereja yang beroperasi di dalam hotel.

Yang paling unik sekali sudah tentu sebuah gereja di Perak, yang menjalankan aktiviti keagamaan daripada dalam sebuah dewan badminton!

Malaysia mungkin merupakan salah satu negara Islam yang bersikap sangat terbuka terhadap agama lain, di mana mana-mana penganut Kristian yang mengaku mendapat ‘hidayah’ daripada Tuhan boleh membuka dan mengoperasikan gereja serta diberikan kebebasan untuk meneruskan aktivitinya.

Bahkan, ramai golongan profesional yang sanggup menanggalkan jawatan kolar putih mereka untuk menjadi pengendali gereja sepenuh masa, dengan mengatakan bahawa mereka ‘terpanggil’ untuk membuat demikian.

Tidak tahulah apakah sebenarnya ‘mandat daripada Tuhan’ yang disampaikan kepada individu-individu ini, namun boleh dikatakan sudah menjadi trend bagi penganut agama Kristian untuk membuka pusat keagamaan mereka sendiri.

Malah, ada juga yang memiliki dua atau lebih buah gereja di bawah kendalian mereka, di mana setiap satunya ditubuhkan khas mengikut bangsa jemaahnya.

Mungkin terdapat sekelompok individu di luar sana yang sedang dalam proses terakhir atau bercita-cita untuk membuka gereja mereka sendiri ketika artikel ini masih ditulis. Siapa tahu?

Satu persoalan yang timbul dengan peningkatan mendadak perubuhan gereja milik persendirian yang tumbuh bak cendawan selepas hujan ini adalah… MENGAPA?

Jawapanya mudah… kerana mengoperasikan gereja merupakan satu bentuk perniagaan yang membawa keuntungan yang amat lumayan.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa tiada perniagaan yang lebih mudah, berpengaruh dan meyakinkan daripada menjalankan pusat ibadat anda sendiri.

Mereka tahu bahawa masyarakat cenderung untuk melakukan apa sahaja bagi mendekati golongan yang mengabdikan diri kepada agama, jadi kebanyakan rumah-rumah ibadat persendirian ini mewajibkan ahlinya untuk menyalurkan 10% atau lebih daripada pendapatan bulanan mereka sebagai ‘zakat’.

Dan para ahlinya juga akan mendermakan wang mereka tanpa banyak bicara kerana ia ‘sudah tercatit di dalam kitab Injil’.

Bayangkan, jika anda mengendalikan sebuah gereja yang mempunyai sekitar 200 ahli dan setiap seorangnya menyumbangkan RM300, sudah tentu anda akan menerima RM60,000 daripada kutipan ‘zakat’ tersebut.

Tolak sewa premis (anggaran RM5,000) dan perbelanjaan lain (mungkin kira-kira RM5,000 juga), pengusaha gereja akan mengaut keuntungan sebanyak RM50,000 bersih setiap bulan: satu nilai yang lumayan, tapi sudah namanya rezeki kan.

Dan oleh kerana aktiviti keagamaan hanya akan dilakukan setiap hari Ahad atau hari-hari istimewa yang lain, anda mempunyai banyak masa untuk bermain golf pada waktu senggang.

Salah sebuah gereja di Selangor mempunyai lebih 1,000 jemaah dan sebahagian besar daripada mereka datang daripada golongan yang berpendapatan tinggi. Gereja tersebut dikendalikan oleh seorang lelaki tua yang terkenal dengan persembahan lagu-lagu gospelnya yang sumbang.

Mari kita lakukan kira-kira sekali lagi: 1,000 ahli x RM500 sumbangan derma= RM500,000 sebulan.

Yang paling menakjubkan adalah sewa premis tersebut tidak perlu dibayar kerana bangunan tersebut didermakan oleh salah seorang jemaah setia gereja tersebut yang telah meninggal dunia.

Jadi usahlah kita buang masa membaca artikel ini sehingga habis.

Hubungi ejen hartanah anda untuk mendapatkan lot rumah kedai kosong dan jika diizinkan Tuhan, anda juga boleh membuka gereja anda sendiri.

Nota kaki: Gereja-gereja milik persendirian yang dimaksudkan di dalam artikel ini juga dikenali sebagai gereja umum yang beroperasi secara bebas dan majoritinya adalah milik mazhab Protestan.

Artikel dengan tajuk asal Now anyone can open a church ini dipetik dari blog, Walter Selvamoney (The Malaysian Spark)

BACA INI JUGA: Realiti Nama Tuhan Dalam Agama Kristian

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

skg mmg trend org suka guna agama untuk dapat keuntungan agaknye kan....

Begitulah mudahnya menjual akhirat. Walhal perkara begini terjadi dimana-mana, agama manapun berlaku perkara keji dikalangan insan-insan yang suka mengambil kesempatan..

Salah satu dunia di akhir zaman ialah bila manusia mula menjual agama utk keuntungan duniawi. Menjual agama tu tak termaktub bagi agama Islam shj.. malah semua agama kan.. Kita mmg dah di akhir zaman...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon