Apr 6, 2015

Luahan Sedih ‘Wanita’ Gambar Kad Pengenalan Tersebar

Beberapa gambar seorang ‘wanita’ yang disertakan gambar MyKad miliknya menjadi viral apabila giat dikongsikan di laman sosial dan aplikasi mesej WhatsApp.

Cari-jodoh [2]

Jika anda lihatkan wajahnya, sudah pasti anda tidak dapat dapat mengecam identiti beliau kerana wajahnya amat persis seorang wanita.

Maka banyaklah pihak yang menyebarkan maklumat kononnya dia ingin mencari jodoh dengan menyebarkan beberapa gambar miliknya di WhatsApp.

Kami yakin anda juga dapat mesej seperti di bawah ini bukan?

Cari-jodoh

Terbaru, melalui sebuah video, dia meluahkan rasa sedihnya dan merayu agar gambar MyKad miliknya tidak disebarkan lagi di media sosial.



“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya nak bagitahu kepada anda semua tolonglah jangan keluarkan gambar saya dan janganlah tunjukkan IC saya dan mengedit IC saya sampai macam itu sekali, saya malu sangat. Sebab saya nak cari rezeki yang halal.

“Saya tak ganggu orang, saya tak kacau orang. Tapi tolonglah jangan buat IC saya macam tu. Tolong jangan kata saya macam-macam. Saya merayu sangat.

“Saya hilang arah sejak saya nampak gambar-gambar IC saya dibuat macam tu, kawan-kawan saya hantar dekat saya, pelanggan hantar pada saya. Saya malu sangat. Apa salah saya dengan anda semua? Saya minta maaf, tetapi tolonglah jangan keluarkan gambar IC saya macam tu. Saya merayu sangat,” katanya.

Gambar kad pengenalannya itu disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan mangsa yang bernama Hafizal ini terpaksa menanggung malu apabila dia dihujani dengan pelbagai persoalan & mesej dari rakan-rakan serta pelanggan tempat kerjanya.

Cari-jodoh [3]

Bertambah buruk lagi apabila adanya individu yang tidak bertanggungjawab menyunting gambar kad pengenalannya itu menyebabkan Hafizal dilemparkan dengan kata-kata buruk.

Khunsa

Sangat menarik disebalik nama lelaki yang tertera pada kad pengenalan, dan gambar yang kelihatan cukup menawan adalah seorang pengidap khunsa.

Untuk pengetahuan umum, khunsa merujuk kepada individu yang memiliki kedua-dua jenis alat kelamin iaitu lelaki dan perempuan.

Apabila seseorang bayi dilahirkan dengan mengidap penyakit khunsa, adalah sukar untuk menentukan jantina bayi tersebut. Pada masa yang sama, khunsa juga boleh memiliki tubuh, suara dan bentuk badan seperti perempuan.

Menjadi kewajipan kita untuk saling mengingati, tetapi bukan hak kita untuk menyebar maklumat dan memalukan peribadi orang lain.

BACA INI JUGA: Pelik! Tiba-tiba Wanita Bertukar Menjadi Lelaki!

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

5 comments

dari hari tu dah cik akak tengok artikel nie...
tak baik kan...bukan dia nak pun jadi macam tu kan..
mintak lah orang ramai tak mengaibkan dia....

nape d jadikan bahan utk aibkan org...sepatut d tlg bkn d parahkan...its not a joke when u hurt someone else feeling...its no more fun...org yg sebarkan ni yg sakit jiwa yg perlu d tolong...

Memang kesian dimalukan seluruh alam..

Inilah kekejaman media sosial... Mengaibkan!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon