Tuesday, April 07, 2015

Johan Pertahan Aksi Cium, Kenapa Tak Kongsi Video S3ks Sekali?!


Aksi kontroversi Johan mencium bibir isterinya, Ozlynn saat namanya diumumkan pemenang bagi kategori Penyampai Radio Lelaki Popular ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat di luar sana.

Johan Pertahan Aksi Cium

Tampil mempertahankan perbuatannya itu, Johan berpendapat perkara tersebut bukanlah satu kesalahan memandangkan itu adalah caranya untuk meluahkan dan berkongsi perasaan gembira dengan isteri tercinta yang sentiasa menjadi sistem sokongan nombor satu dalam kerjayanya.

“Saya tidak melihat tindakan saya mencium isteri saya sebagai satu kesalahan kerana Ozlynn adalah isteri saya yang sah. Dalam apa juga perkara yang saya lakukan atau penghargaan diberikan kepada saya, isteri adalah orang pertama yang saya ingin sambut bersama,” katanya memetik Rotikaya.

Disoal tidakkah perbuatannya itu kelihatan sedikit janggal kerana dilakukan di khalayak umum, Johan mengatakan dia tidak perlu mengambil peduli tanggapan orang ramai terhadap perkara terbabit kerana yang diciumnya itu adalah isterinya sendiri.

“Kalau hendak jaga hati orang payahlah. Pada saya apa orang hendak kata biarkanlah. Kami bukannya pasangan bukan muhrim sebaliknya suami isteri yang sah. Saya tak perlu peduli dengan apa yang orang hendak kata,” katanya lagi.

Fitnah

Isteri-Johan-seksi

Imam Masjid Bukit Aman, Ustaz Hassan Al Fadhli Abd Rahman menyatakan secara asasnya hukum suami mencium seorang wanita yang sah bergelar sebagai isteri tidak menjadi kesalahan.

Namun, hukumnya berbeza apabila dibuat secara terbuka.

Jelasnya, perkara sedemikian haruslah disembunyikan daripada pengetahuan umum kerana terdapat segelintir penonton dalam acara tersebut yang belum berkhawin.

“Kita juga harus menutup fitnah yang akan disebarkan oleh orang ramai kerana bukan semua orang tahu wanita itu (Ozlynn) adalah isteri Johan,” katanya.

Bukan itu sahaja, Hassan turut menasihati agar Johan dan isterinya supaya melihat suasana dan keadaan sebelum melakukan sebarang aksi kerana hukum fekah berubah mengikut keadaan.

“Contohnya sewaktu di rumah, isteri boleh mempamerkan auratnya kepada suami kerana pada waktu itu tidak ada orang lain selain suaminya. Namun sewaktu di luar rumah, isteri harus menutup auratnya agar tidak dilihat oleh orang lain.

“Begitu juga, cium di rumah boleh kerana tidak ada orang lain, tetapi depan orang ramai tidak boleh walaupun cium itu halal bagi suami dan isteri,” katanya.

*Jadi, apa kata lepas ni Johan dan isteri kongsi di laman sosial video intim dalam kelambu untuk tatapan peminat. Bukannya berzina pun, kan?

BACA INI JUGA: Nikah Mutaah, Penipuan Untuk Menghalalkan Zina

1 comment

  1. nah...kan dah kena..ambil mudah suatu perkara yang boleh menjatuh maruah sendiri..
    inilah realitinya... bukan mudah nak jadi selebriti...hihi

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon