Thursday, April 09, 2015

Gambar Ngeri Pipi Koyak Di Libas Parang Bukan Di Malaysia!


Gambar ngeri seorang kanak-kanak terbelah pipi akibat terkena libasan parang selepas ibu bapanya bergaduh yang didakwa berlaku di Sungai Petani adalah tidak benar.

Parang [2]

Kejadian yang ‘viral’ di laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp berlaku di luar negara, namun tidak dapat dipastikan di mana.

Di Thailand dan Laos ada laman sosial dan laman web di negara berkenaan memuat naik gambar sama dan ulasan diberi juga sama, tetapi senjata digunakan dikatakan pisau, namun tiada tempat yang tepat dinyatakan.

Jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menafikan kes terbabit berlaku di Sungai Petani kerana hasil pemeriksaan, polis tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak termasuk hospital.

Parang

Tiada kes seumpama itu berlaku di Sungai Petani dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayainya kerana laporan tidak tepat katanya.

Tindakan individu yang menyebarkan gambar kanak-kanak berkenaan dan didakwa berlaku di Sungai Petani adalah perbuatan tidak bertanggungjawab.

BACA INI JUGA: Ngeri! Dihiris Mangkuk Tandas Pecah!

Sumber: Hmetro.com.my

4 comments

  1. mudah-mudahn tidak berlaku di MalaysiaBila tengk keadaan macam ni rasa nak libas parang pula pada siapa yang buat. Tidak berhati perut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dikatakan berlaku di luar negara, kesian budak tu..

      Delete
  2. Yalah dok mahu bersamurai bagai..
    Sampaikan anak yang jadi mangsa...
    Tanam hidup ibu bapa macam nie..kikiii..emosi sikit komen kat situ..

    ReplyDelete
  3. Astagfirullahhh... kita budak2 ni klu tak buat salah, nak jentik pun tak sampai hati. Apatah lagi buat smpi mcm ni...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon