Monday, April 06, 2015

Filem Wajib Tonton April 2015


Tidak dapat dinafikan banyak filem menarik yang bakal ditayangkan sepanjang tahun 2015 ini terutamanya pada bulan April ini.

Tayangan-hebat

Ini kerana sepanjang April ini terdapat banyak filem yang bakal menemui penonton di pawagam terutamanya filem yang dinanti-nanti satu dunia iaitu filem ketujuh "Fast & Furious", "Furious 7" dan juga "The Avengers: Age Of Ultron".

Bukan itu sahaja, malah filem tempatan juga tidak kurangnya juga yang turut akan ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia. Apa yang pasti kesemua filem ini menjanjikan kelainan dan sangat menarik untuk anda tonton. Jadi kami pilih lima buah filem yang wajib anda tonton sepanjang bulan April ini!

Furious 7
Tayangan: 2 April 2015

Ini adalah filem yang paling dinanti-nanti bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia dan baru saja ditayangkan di Malaysia pada 2 April lalu. Filem francais "Fast & Furious" ketujuh ini adalah yang terakhir. Ia mengisahkan abang Owen Shaw, Ian Shaw mahu membalas dendam terhadap Dominic Toretto dan kumpulannya setelah mereka menjatuhkan adiknya.

Conjuring Spirit
Tayangan: 9 April 2015

Pasti ramai yang akan keliru dengan judul filem ini dan akan menyangka ia adalah sekuel kepada filem seram popular arahan James Wan "The Conjuring", tapi ia sebenarnya tidak. Ini kerana ia adalah filem seram daripada Vietnam. Ia mengisahkan tentang wanita bernama Lan yang telah bercerai dengan suaminya, dan telah membawa anak lelakinya berusia lima tahun berpindah ke sebuah pangsapuri yang telah ditinggalkan lama selepas berlaku kejadian aneh.

The Second Best Exotic Marigold Hotel
Tayangan: 9 April 2015

File mini adalah sekuel "The Best Exotic Marigold Hotel" pada tahun 2012. Sonny Kapoor (Dev Patel) akan berkahwin dengan cinta hatinya Sunaina (Tina Desai), mengimpikan untuk memiliki hotel kedua selepas kejayaan pertamanya. Masalah mula timbul apabila hotel pertama hanya satu bilik sahaja yang tinggal sedangkan pengunjung baru tiba iaitu Guy (Richard Gere) dan Lavinia (Tamsin Greig). Pelbagai masalah timbul dan hanya pembantu pengurus hotel Muriel (Maggie Smith) yang mampu menyelesaikan semua masalah mereka.

Abang Lejen
Tayangan: 16 April 2015

Filem tempatan yang wajib anda tonton bulan April adalah filem "Abang Lejen" yang dibintangi pelakon-pelakon popular seperti Farid Kamil, Intan Ladyana dan ramai lagi. Ia mengisahkan tentang dua beradik yang kehilangan ibu bapa sejak kecil. Hubungan mereka akrab dan si abang berjanji akan sentiasa menjadi adik lelakinya.

The Avengers: Age Of Ultron
Tayangan: 23 April 2015

Ya, ini adalah filem blockbuster dinanti-nantikan di seluruh dunia. Pasukan adiwira-adiwira The Avengers yang kembali bergabung dalam satu misi menentang sebuah robot ciptaan Dr Hank Pym yang telah menjadi ancaman terhadap kehidupan manusia dan dunia.

BACA INI JUGA: 10 Filem Blockbuster Wajib Tonton 2015

Sumber: Tupai.com.my

3 comments

  1. Lama juga tak tengok wayang nih, kali terakhir tgok cite Hobbit.

    ReplyDelete
  2. kalau tengok movie seram nie....kena tarik nafas dalam2..hahaha..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon