Thursday, April 09, 2015

Enggan Bantu Mangsa Kemalangan, Rupanya Ibu Sendiri


Sesal tiada berguna. Seorang lelaki yang enggan membantu seorang wanita tua yang terbaring di jalan raya akibat kemalangan kerana bimbang ia akan menyusahkannya kelak, akhirnya terkejut apabila mengetahui wanita itu adalah ibunya sendiri.

Mr Zhang

Lelaki itu, yang dikenali sebagai Mr Zhang, bertembung dengan kemalangan langgar lari itu ketika dalam perjalanan untuk melawat ibunya di kampung.

Namun dia tidak mengendahkan dan tidak peduli untuk membantu mangsa yang terlantar di atas jalan.

Bagaimanapun selepas jiran-jiran memaklumkan bahawa ibunya tiada di rumah dan telah keluar rumah sejak awal pagi semata-mata untuk bertemu dengannya, Mr Zhang mula berasa tidak sedap hati.

Dia kemudiannya kembali ke tempat kemalangan itu dan terkejut apabila mendapati ibunya terbaring dalam keadaan tenat dan berlumuran darah.

Mr. Zhang kemudiannya menghubungi polis namun dia sudah terlambat apabila ibunya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Sementara pemandu yang melanggar ibunya itu berjaya dikesan berdasarkan kepada beberapa bahagian kenderaan itu yang pecah dalam kemalangan tersebut.

Menurut media tempatan, Mr. Zhang memberitahu dia enggan berhenti untuk membantu mangsa kemalangan kerana bimbang masalah yang bakal dialaminya kelak.

Ini kerana dalam beberapa kes sebelum ini, mangsa akan menyaman individu yang membantu mereka.

BACA INI JUGA: Kemalangan Dan Kematian Misteri Yang Membingungkan!

Sumber: Mynewshub.cc

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon