Mar 16, 2015

Video Sami Berendam Dalam Minyak Panas Jadi Viral!

Video seorang sami Buddha di Thailand yang duduk bertapa dalam sekawah minyak panas mencetuskan viral di kalangan pengguna media sosial.

Sami

Kehebatannya berendam dalam minyak panas turut mencetuskan sensasi di kalangan penduduk sekitar.

Namun, tak semua terpedaya dengan helah si sami itu yang dikatakan telah mempraktikkan beberapa helah untuk menjayakan persembahannya itu.

Menurut seorang pakar sains, Jessada Denduangboripant dari Universiti Chulalongkorn, tiada sebarang bukti menunjukkan minyak itu dalam keadaan panas dan menggelegak.

“Satu sahaja cara nak tahu sama ada dia duduk dalam minyak yang betul-betul panas atau tidak adalah dengan menyukat suhu kepanasan minyak ketika itu.

“Minyak tidak kelihatan panas dan menggelegak serta kawah itu kelihatan pelik, mungkin terdapat satu lagi lapisan yang mampu menurunkan suhu kepanasan minyak,” katanya.

Ada betulnya juga, mana mungkin orang biasa mempunyai ‘mukjizat’ sebegitu rupa hingga mampu bertahan tanpa melecur apabila badan dicucuh dengan minyak panas, inikan pula duduk berendam dalam kawah menggelegak kan!

Mungkin penonton aksi sami tersebut terlalu teruja sampai tak perasan benda-benda rumit macam yang diterangkan oleh pakar sains tersebut.

Apa pun jom tonton video berkaitan.

Tapi amaran, jangan tiru aksi, kang tak pasal-pasal nayapula,..

BACA INI JUGA: Giler! Video Pemuda Ramas Payudara 1,000 Orang Wanita

video

Video ini juga boleh ditonton di Youtube (https://www.youtube.com/watch?v=wVRXUAna59I).

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon