Mar 10, 2015

Vicky Teoh, Rakyat Malaysia Wanita Paling Kaya Di Australia

Rakyat Malaysia, Vicky Teoh, yang memiliki kekayaan dianggar berjumlah A$938 juta, sekali lagi dinobatkan sebagai Wanita Paling Kaya Di Australia melalui usaha sendiri oleh majalah BRW (Business Review Weekly).

Wanita Paling Kaya Di Australia

Vicky, 57, dan suaminya, David Teoh, 58, berhijrah dari Malaysia pada 1986 dan mengasaskan TPG Telecom.

Menurut BRW, Vicky memiliki sebahagian besar saham TPG dan memainkan peranan aktif dalam penubuhan perniagaan baharu keluarga itu seperti Oscar Wylee, yang terlibat dengan perniagaan runcit cermin mata secara dalam talian.

Kekayaan peribadi keluarga Teoh itu meningkat hampir sekali ganda pada tahun lepas kepada A$2 bilion (RM5.7 bilion), daripada A$1.06 bilion (RM3.0 bilion) sebelumnya.

Senarai Wanita Terkaya BRW itu, yang diterbitkan bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa, menonjolkan 30 wanita paling kaya di Australia melalui usaha sendiri.

Menurut majalah itu, untuk layak disenaraikan dalam senarai berkenaan, seseorang wanita mestilah berusaha sendiri untuk meraih kekayaan, bukan dengan mewarisinya daripada generasi terdahulu.

Jutawan perlombongan, Gina Rinehart tidak dimasukkan dalam senarai itu kerana beliau mewarisi kekayaan daripada bapanya, Lang Hancock, walaupun wanita itu mencapai kejayaan besar dalam perniagaan.

Jika digabungkan kekayaan yang dimiliki 30 wanita yang terdapat dalam senarai itu, jumlahnya ialah A$5.4 bilion (RM15.3 bilion), bertambah daripada$4.5 bilion (RM12.8 bilion) pada 2014, dengan setiap individu mencatat peningkatan kekayaan.

Wanita kedua paling kaya selepas Vicky Teoh ialah Charlotte Vidor dari Toga Hotels Group, yang memiliki kekayaan dianggarkan berjumlah A$360 juta (RM1.02 bilion).

BACA INI JUGA: Adakah Anda Memiliki 6 Ciri-ciri Seorang Jutawan?

Sumber: BERNAMA

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Setakat rm1juta mcm kat celah gigi diaorg je.. :D

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon