Friday, March 20, 2015

Jangan Takut Undang-Undang Hudud – Nik Abduh


Tiada apa perlu ditakutkan dengan undang-undang hudud kerana perundangan itu tidak menghukum mereka yang tidak bersalah, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Nik Abduh

Menurut beliau, Hudud memberi pengadilan yang secukupnya kepada mereka yang didakwa termasuk pembelaan kepada mangsa dengan hukuman diyyat (ganti rugi).

“Perundangan Islam telah menjadi hasrat dan impian masyarakat muslim sejak sekian lama walaupun mendapat tentangan dan kritikan daripada pelbagai pihak.

“Ia hanya undang-undang daripada Allah S.W.T untuk menghapuskan kesalahan jenayah dalam masyarakat dan negara,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, kejayaan membentangkan undang-undang hudud di DUN Kelantan merupakan hak rakyat Kelantan yang perlu dihormati.

Beliau dalam pada itu yakin ada negeri lain akan turut membentangkan pelaksanaan undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Tidak mustahil jika tindakan kerajaan Kelantan ini akan turut diikuti negeri-negeri yang lain kerana jaminan keadilannya adalah daripada Allah S.W.T,” ujarnya.

BACA INI JUGA: Dosa Besar Lalu Di Hadapan Orang Bersolat

Sumber: Mynewshub.cc

5 comments

  1. in shaa Allah.. moga dipermudahkan

    ReplyDelete
  2. kalau takutt... haa jangan buat dosa.. jangan buat salah ... ikut perintah Allah

    ReplyDelete
  3. Kita sbg umat Islam sepatutnya membantu menerapkan kefahaman ttg hudud ni bukan menentangnya.. Semoga ia membawa kebaikan dan keberkatan... aamiin.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon