Wednesday, March 11, 2015

Apple Macbook Terbaru, Harga Dan Spesifikasi


Apple, minggu ini telah memperkenalkan komputer riba Macbook terbaru mereka, tampil dengan skrin bersaiz 12-inci dan paparan resolusi tinggi.

MacBook

Kini, selesai sahaja pengumuman Apple tamat, pihak Apple telah pun menyenaraikan komputer riba terbaru tersebut di Apple Store Malaysia.

Melalui apa yang disenaraikan, model asas yang menggunakan cip pemprosesan Intel Core M dwi-teras 1.1Ghz, memori 8GB RAM, grafik Intel HD Graphics 5300 dan storan 256GB SSD dijual pada harga RM4,499.

Variasi dengan spesifikasi lebih tinggi, iaitu penambahan storan kepada 512 GB dan juga cip pemprosesan Intel Core M dwi-teras 1.2 GHz pula disenaraikan pada harga RM5,499.

Kedua-duanya masih belum dijual lagi, dan pihak Apple mengatakan ia kini menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa sebelum mula dijual.

Apple menjadualkan untuk menjual Macbook baru ini bermula bulan hadapan, dan berkemungkinan tarikh jualan Malaysia tidak jauh berbeza dengan penawaran global.

Pilihan warna Macbook terbaru

“Reinventing the notebook” itulah tema yang digunakan oleh Apple. Dan gergasi Cupertino itu sekali lagi membuktikan kemampuan mereka untuk terus mencabar industri notebook dengan memperkenalkan Macbook serba baru yang cantik dan elegan.

Apple sekarang menawarkan Macbook dalam tiga warna pilihan sama ada gold, silver dan space grey, dengan ciri Retina Display, papan kekunci yang di buat semula, dan trackpad yang dikemaskini bukan sahaja mengesan pergerakan tapi juga mengesan jumlah tekanan yang diberikan ke atas trackpad.

MacBook-2

Force Touch trackpad ini membolehkan pengguna melihat wikipedia, lokasi Google Maps dan beberapa statistik hanya dengan menggunakan jari telunjuk.

Semua ini didatangkan dalam satu pakej yang 24% lebih nipis daripada model bawah Macbook Air 11 inci.

Apple berjaya membuang penggunaan kipas penyejuk untuk menjadikan ia nipis, malah Macbook baru ini adalah yang pertama daripada Apple yang tidak menggunakan kipas penyejuk.

Saiz nipis Macbook ini juga dicapai dengan penggunaan logic board yang lebih kecil, dan penggunaan processor Intel M dan jugal bateri yang mampu bertahan sepanjang hari menjadikan Macbook ini antara notebook yang paling mudah untuk mereka yang sukakan mudah alih.

Spesifikasi Dan Perbandingan Macbook, Asus Zenbook UX305FA dan Samsung Ativ Book

Pemproses Intel Core M menjadikan komputer riba yang beroperasi secara senyap menjadi realiti. Komputer riba yang menggunakan pemproses ini tidak memerlukan kipas untuk menyejukkan pemprosesnya.

Mari bandingkan spesifikasi komputer riba terkini ini dengan dua lagi komputer riba tanpa kipas yang dihasilkan oleh pengeluar lain.

MAcbook-Spesifikasi Dan Perbandingan

Harga Jualan Macbook Air Dan Macbook Pro Di Malaysia

Nampaknya, bukan iPhone sahaja yang dilihat mengalami kenaikkan harga, sebaliknya komputer riba Apple, iaitu Macbook Air dan juga Macbook Pro juga turut mengalami kenaikkan harga – bersama-sama dengan pengenalan kemaskini spesifikasi untuknya.

Macbook Air
Harga: RM3,199
Macbook Air
Klik untuk paparan besar.

Macbook Air kini dijual pada harga bermula RM3,199 berbanding dengan harga RM2,899 sebelum ini.

Semua penawaran Macbook Air kini dikemaskini dengan sokongan cip pemprosesan Intel Core i5 yang terkini selain dilengkapi sokongan Thunderbolt 2.

Disamping itu, untuk Macbook Air versi 13-inci, pihak Apple turut menyertakan storan yang lebih pantas berbanding versi sebelumnya.

Macbook Pro
Harga: RM3,799
Macbook Pro
Klik untuk paparan besar.

Untuk Macbook Pro pula, model asas kini membawakan tanda harga RM3,799 (berbanding RM3,499 sebelum ini).

Untuk model ini, selain melengkapkan kemaskini cip pemprosesan Intel Core i5 dan juga Thunderbolt 2, pihak Apple juga turut menambah sokongan Force Touch trackpad seperti mana pada Macbook 12-inci baru.

Namun, sokongan ini hanya hadir pada model 13-inci Retina sahaja buat masa ini.

Dengan perubahan drastik yang dibawakan oleh model Macbook 12-inci yang baru, mungkinkah Macbook Air dan Macbook Pro yang dijual ini akan menjadi antara model terakhir yang dilengkapi pelbagai port – sebelum Apple beralih sepenuhnya kepada penggunaan USB Type-C?

BACA INI JUGA: 5 Smartphone Berkualiti Tapi Murah Dari China

Lazada Malaysia

Sumber: Amanz.my

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon