Friday, February 20, 2015

Domain .ML Percuma Untuk Semua Di Malaysia


Mungkin ramai yang sedia mengenali akan Freenom yang telah menawarkan domain .TK secara percuma kepada sesiapa yang inginkan nama domain dengan akhiran yang pendek.

ml

Isnin lalu, Freenom melancarkan domain akhiran baru secara percuma di Malaysia, iaitu .ML, ketika di majlis pelancaran di One World Hotel, Damansara.

Strategi Dot ML memfokuskan kepada para individu dan juga organisasi dalam mendapatkan domain dengan akhiran .ML tersendiri.

“Manfaatnya sangat jelas, kami sepenuhnya mewakili domain di Malaysia. Jika anda lihat dengan kepelbagaian pengakhiran domain yang berbeza, ia mungkin menyukarkan sesetengah pengguna untuk mengakses laman web anda.

Tetapi buat Dot ML, ia secara jelas memberikan kelebihan kepada anda dan pelanggan yang mengunjungi.” Kata Joost Zuurbier, Pengarah Dot ML ketika sidang media di Damansara.

Kebanyakkan penganalisa internet juga bersetuju bahawa proses di dalam sistem pendaftaran domain tempatan adalah sangat bersifat birokrasi dan perlahan.

“Dengan sebanyak lapan jenis domain yang berakhiran .MY di Malaysia, anda mungkin akan keliru dengan sesetengah laman web yang pengakhiranya .com.my, .gov.my ataupun .org.my.

Tetapi dengan .ML, ia secara jelas memberikan nama domain anda yang tepat tanpa sebarang penambahan di belakangnya dan bagi domain .MY di Malaysia, kebiasanya setiap domain tersebut dijual pada harga yang agak tinggi, iaitu RM120,” kata Jeremie Godreche, COO Dot ML.

Menurut pihak Dot ML, semua domain dengan kurang daripada empat aksara ditawarkan secara percuma.

Proses pendaftaran domain ini telah dipermudahkan dan tidak memerlukan sebarang kertas kerja yang rumit.

Sesiapa sahaja boleh mendaftarkan domain menggunakan akhiran .ML, dan menggunakannya bersama-sama hosting sedia ada, atau turut membuat redirect ke laman sedia ada.

Bagi anda yang inginkan domain yang singkat untuk digunakan sebagai projek peribadi, ataupun tidak ingin membelanjakan sejumlah wang untuk mendapatkan domain sendiri, mungkin boleh menyemak laman Dot.ML dan mendaftarkan domain percuma hari ini. -Mynewshub.cc

Layari dan daftar: Dot ML

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal Usul Domain Name?

15 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon