Friday, February 27, 2015

10 Wanita Muslim Paling Kaya Di Dunia


Senarai 10 wanita Muslim tercantik dan terkaya di dunia ini telah dilaporkan oleh Daily Bhaskar. Jom lihat siapakah wanita-wanita ini.

Ameera Al-Taweel

Ameera Al-Taweel

Puteri Arab Saudi, Ameera Al Taweel dilahirkan pada 6 November 1983. Beliau adalah isteri kepada Putera Al Waleed Bin Talal, salah seorang ahli keluarga diraja Arab Saudi.

Suaminya Al Waleed, ahli perniagaan berusia 58 tahun, disenaraikan sebagai lelaki ke-26 terkaya dunia oleh majalah Forbes dengan nilai bersih lebih daripada $20-25 bilion.

Putera Al Waleed merupakan pengasas dan pemilik Kingdom Holding Company.

Lalla Salma


Puteri Lalla Salma dari Maghribi ini merupakan isteri kepada Raja Mohammed VI. Ibunya, seorang guru sekolah telah melahirkan Lalla pada 10 Mei 1978.

Walaupun bergelar sebagai "The First Lady" beliau tetap mengekalkan sifat rendah diri.

Kekayaan suaminya, Raja Mohammed VI, 50 dianggarkan kira-kira sebanyak $2.5 bilion.

Rania Al Abdullah


Permaisuri Jordan, Rania Al Abdullah dilahirkan pada 31 Ogos 1970 dan telah berkahwin dengan Putera Abdullah II. Suami beliau telah ditabalkan sebagai Raja Hashmite Kingdom of Jordan pada tahun 1999.

Majalah The Harpers dan Queen Magazine pernah menggelar Permaisuri Rania sebagai permaisuri tercantik pada tahun 2011.

Fathima Kulsum


Fathima Kulsum adalah isteri kepada Sheikh Avdi Al Muhammad. Dia dilahirkan di dalam antara keluarga paling kaya di dunia.

Fathima dikatakan jarang sekali mendedahkan wajahnya sebelum ini. Namun, kini gambar wajahnya didapati telah banyak terdapat di internet.

Hafizah Sururul Bolkiah


Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah telah berkahwin dengan YAM Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini.

Anak perempuan kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini dilahirkan pada 12 Mac 1980.

Bapanya pernah disenaraikan sebagai orang paling kaya di dunia pada tahun 1997 oleh Forbes.

Nur Zahirah


Permaisuri Terengganu, Sultanah Nur Zahirah adalah isteri kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1973. Keluarga beliau tidak pernah mendedahkan nilai aset yang mereka miliki.

Namun begitu, terdapat sumber mengatakan kekayaan mereka adalah hampir atau lebih daripada $15 bilion.

Sheikha Mozah


Sheikha Mozah telah dilahirkan pada tahun 1959 dan merupakan isteri kedua daripada tiga isteri Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani.

Nilai bersih kekayaan Sheikh Hamad dianggarkan lebih daripada £7 bilion.

Negara yang mempunyai rizab minyak dan gas asli yang luas, Qatar adalah antara negara-negara dengan pendapatan per kapita tertinggi di dunia, dan salah satu negara yang tidak mengenakan cukai pendapatan.

Sheikha Maitha Binti Mohammed


Sheikha Maitha dari Dubai dilahirkan pada 5 Mac1980. Dia merupakan anak perempuan kepada Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Perdana Menteri serta Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga salah seorang raja berperlembagaan Dubai.

Sheika juga merupakan seorang atlet Taekwondo dan pernah memenangi pingat Perak pada Sukan Asia 2006 di Qatar. Kekayaan keluarganya dianggarkan lebih daripada $40 bilion.

Majeedah Nuurul Bolkiah

Anak keempat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini dilahirkan pada 16 Mac 1976. Puteri Majeedah, ibu kepada seorang anak lelaki, telah berkahwin dengan Khairul Khalil, seorang Pembantu Pegawai Eksekutif di Pejabat Perdana Menteri. Mereka berkahwin pada Jun 2007.

Sheikha Hanadi


Seorang pegawai bank, pelabur dan usahawan hartanah, Sheikha Hanadi merupakan salah seorang ahli perniagaan yang paling berjaya dalam sejarah ekonomi Qatar.

Selain daripada menjadi penasihat khas di Standard Chartered Bank, beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi projek Al Waab City.

Hanadi juga adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Nasser bin Khaled Al Thani & Sons Group. Kekayaan keluarga Thani dianggarkan hampir $15 bilion.

Kagum? Mereka kaya samada disebabkan oleh bersuamikan orang (Muslim) paling kaya, datang dari keluarga Muslim kaya raya atau kerana kerjaya mereka.

Moga boleh dijadikan inspirasi untuk wanita-wanita lain

Sumber: hasrulhassan.com - Pakar SEO Malaysia

3 comments

  1. sp jangan lupa masukkan siti nurhalija.. walau apa pun saya redha dan bersyukur seadanya... hahahaha poyo aje kannnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada senarai 1000 wanita terkaya baru boleh tersenarai kot..hehe

      Delete
  2. Kaya2 belake semuanya ni.. bukan sekadar kaya tetapi berpengaruh...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon