Friday, January 23, 2015

Shah Slam Bongkar Rahsia Sikap Sebenar Zamani!


Kes penangkapan penyanyi Zamani yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah baru-baru ini sememangnya menggemparkan industri hiburan.

Tembelang-Zamani

Apatah lagi kontroversi yang timbul berhubung videonya yang sedang menyanyi lagu Gerimis Mengundang ketika di dalam lokap menjadi viral di media sosial hingga mengundang simpati rakyat Malaysia.

Sementara itu, tiba-tiba rakan Zamani yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Slam tampil bercerita mengenai sikap terpuji penyanyi terkenal itu.

Kenyataan Shah Slam yang dikongsi di hari Jumaat yang mulia hari ini di laman sosial, Facebooknya mencuri tumpuan pelbagai pihak khususnya para netizen.

Tembelang-Zamani

“Dia punya adap & sikap menghormati orang lain yang sangat tinggi dan sangat berhati-hati bila berbicara mengenai seseorang takut-takut tersalah kata.. walaupun dibelakang orang itu.”

Menurut Shah Slam, meskipun ramai pihak yang mengetahui kes penglibatan Zamani dalam penyalahgunaan dadah itu namun tidak ramai yang mengetahui sikap dan peribadi sebenar vokalis kumpulan Slam itu.

Shah-Slam
Shah Slam.

Malah, Shah atau nama sebenarnya Shah Nizam Bin Abdul Halim turut membuka rahsia perihal peribadi mulia rakannya, Zamani yang telah banyak mengajar dan pengubahnya menjadi insan yang lebih baik.

Pada masa yang sama, rata-rata peminat kumpulan Slam meluahkan turut perasaan simpati dan berdoa agar penyanyi itu pulih dari menjadi penagih dadah seterusnya memilih untuk membuka lembaran hidup yang baru.

Klip Video Zamani Disebar Isteri Anggota Polis?

Video Zamani menyanyi ketika ditahan polis.

Klip video diatas yang memaparkan vokalis kumpulan Slam, Zamani menyanyi dalam keadaan tangan bergari dipercayai disebarkan oleh isteri kepada anggota polis yang bertugas di balai, di mana penyanyi itu ditahan.

Siasatan awal pihak polis mendapati sebaran dilakukan anggota dari Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya di mana anggota pertama telah merakam video tersebut sebelum memberikan rakaman tersebut kepada anggota kedua menggunakan aplikasi Whatsapp.

Kedua-dua anggota polis itu dikatakan berjanji tidak akan menyebarkan video tersebut namun berlaku perkara sebaliknya selepas rakaman itu diminta oleh anggota ketiga lalu anggota pertama bertindak memberikan rakaman tersebut kepadanya dua lagi individu termasuk isteri anggota ketiga.

Susulan itu, pihak polis telah merakam keterangan lima individu termasuk isteri kepada anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya tersebut, selain bertindak merampas 40 telefon bimbit.

Video nyanyian Zamani yang kini viral di Internet pula, telah dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Zamani yang popular di era 90-an selaku penyanyi Kumpulan Slam, kini ditahan reman selama empat hari selepas ditahan Selasa lalu di rumahnya di Taman Keramat kerana disyaki memiliki heroin seberat 1.2 gram.

Turut ditahan dalam serbuan tersebut adalah teman wanitanya yang berusia 32 tahun.

Sumber: Mynewshub.cc

2 comments

  1. Dia memang baik bro, tapi sayang tu laaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama seperti Jamal Abdillah, syukur Jamal nampaknya sudah bebas sepenuhnya dari najis dadah..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon