Friday, January 16, 2015

Sekolah Halau Pelajar Pakai Baju Kurung Minta Maaf


Kes pelajar perempuan bukan Islam yang disuruh balik ke rumah hanya kerana memakai baju kurung dianggap selesai selepas bapa pelajar tersebut bertemu pengetua dan menyelesaikan perkara ini secara baik, pada Khamis.

Britney Nicole AP Lawrence Jayaraj

Bapa berkenaan menjelaskan sendiri perkara ini menerusi akaun Facebooknya, Kam Agong Lawrence Jayaraj.

Perkara ini mula mendapat perhatian ramai selepas Lawrence Jayaraj, 45, memuatnaik status di Facebooknya pada Rabu, mempertikaikan tindakan pihak sekolah menyuruh anaknya pulang gara-gara berbaju kurung yang dikatakan hanya untuk pelajar perempuan beragama Islam.

Kam Agong Lawrence Jayaraj

Dalam status sama, bapa kepada Britney Nicole,15, meluahkan perasaan risaunya terhadap peraturan ini yang boleh membebankan dirinya yang mempunyai tujuh anak.

Berikutan itu isu ini mula hangat diperkatakan di media sosial dan makin melarat selepas diterbitkan di akhbar tempatan.

Susulan itu satu pertemuan antara Jayaraj dengan pengetua sekolah diadakan semalam.

Hasil daripada pertemuan yang dimaklumkan oleh Jayaraj adalah, pengetua SMK Seri Mutiara dikenali sebagai En Amir dan wakil PIBG sekolah En Ramesh telah meminta maaf kepadanya ekoran kejadian tersebut.

Para pelajar perempuan di sekolah terbabit tanpa mengira agama juga, kini dibenarkan memakai baju kurung tetapi mesti mengikut garis dikeluarkan kementerian.

Kam Agong Lawrence Jayaraj [2]

Menurut Lawrence dalam status sama, beliau mahukan anak-anaknya terus bersekolah di SMK Mutiara kerana rekod disiplin dan pencapaian akademik sekolah tersebut yang baik.

Daripada kejadian ini dapat disimpulkan, pihak sekolah tidak sepatutnya membuat peraturan sendiri yang tidak selari dengan garis dikeluarkan oleh kementerian tanpa mendapat persetujuan ibu bapa dan diterangkan secara baik.

Apa yang dibimbangi daripada perkara sebegini adalah, pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan mengaitkannya dengan isu yang tidak ada kena mengena seperti perkauman.

Memandangkan ini melibatkan institusi pendidikan tindakan tidak bertanggung jawab begini boleh membuatkan pelajar yang masih muda dibentuk pemikirannya menjadi seorang rasis.

Isu pun sudah selesai, semoga ia menjadi pengajaran buat semua pihak terlibat agar lebih sensitif dalam menjaga perpaduan negara selepas ini.

Sumber: Mynewshub.cc


4 comments

  1. Suka dengan perempuan cina pakai baju kurung..biarlah mereka nak pakai mana tahu suatu hari mereka dapat hidayah

    ReplyDelete
  2. Elok apa pakai baju kurung...
    Tak nampak ada masalah di situ...huhu

    ReplyDelete
  3. Baguslah selesai... sebagai melayu, agak segan juga bila bangsa lain dihalang utk memakai baju kurung tu.. kan bagus sbg rakyat malaysia kan...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon