Thursday, January 15, 2015

Pelajar Sekolah Dilarang Berbaju Kurung Disekolah?!


Hanya bersandarkan alasan melanggar etika berpakaian kerana mengenakan baju kurung, seorang bapa mendakwa, anak perempuannya dihalang untuk masuk ke kelas.

Nora-Danish
Gambar hiasan.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sekolah baru anaknya yang terletak di Cheras, semenjak Isnin hingga hari ini.

Menurut Lawrence Jayaraj, pihak sekolah terbabit hanya membenarkan pelajar wanita Melayu sahaja memakai baju kurung.

Memetik kenyataannya dari portal The Rakyat Post, “Anak saya berpindah ke sekolah ini kerana lokasinya terletak di laluan ke tempat kerja saya.

Pada awal tahun ini, saya membelikan baju kurung kepada anak perempuan saya yang mana ia tidak pernah menjadi masalah.”

Akibat dari larangan untuk anaknya masuk ke kelas, dia terpaksa ke sekolah tersebut dan mengambil anaknya semula.

Ujar Lawrence lagi, isu tersebut masih gagal diselesaikan antaranya dan guru penolong kanan sekolah itu kerana dia tetap bertegas dengan peraturan tersebut.

Bukan itu sahaja, Lawrence turut mendakwa, guru terbabit menyuruhnya mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi mendapatkan persalinan sekolah baru buat anak perempuannya.

Namun demikian, ketika kejadian berlaku, pengetua sekolah berkenaan tidak berada di situ.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan meminta pihak berkenaan membawa isu tersebut ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

“Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan di peringkat PPD, maka ajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

Jika ia masih tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, maka saya sendiri yang akan campur tangan.”

Ujar Kamalanathan lagi, di bawah pengurusan Kementerian Pelajaran, terdapat kira-kira 10,000 buah sekolah di seluruh Malaysia dan adakalanya, ada pengetua yang membuat polisi sendiri tanpa kebenaran dari kementerian.

Guru nafi?

JayanthySri

Namun, kesimpulan tidak sepatutnya dibuat terlalu awal kerana masih tiada pihak yang mengetahui sebab utama tindakan tersebut diambil oleh pihak sekolah terbabit.

Isu ini kemudiannya mendapat perhatian seorang guru disiplin di sebuah sekolah lain yang mempunyai andaian sendiri kenapa kejadian tersebut berlaku.

Menurut guru wanita yang menggunakan akaun Facebook Jayanthy Sri, pihak sekolah tidak akan sewenang-wenangnya menghalau pelajar pulang tanpa sebab kukuh.

“Sebelum komen fikir dulu, cikgu bukan bodoh nak halau budak tu. Kebanyakan budak non-Muslim pakai baju kurung tak pakai singlet so nampak lah baju dalam mereka.

Tak pakai tudung kan. Sangat menjolok mata. I cikgu disiplin so I taulah trend pelajar. Baju kurung + tudung memang sopan. Tanpa tudung sangat jarang!”

Nah! Betul juga apa yang dibicarakan oleh guru itu. Mungkin tidak didedahkan secara terperinci, pelajar bukan Islam yang memilih untuk mengenakan baju kurung tidak sedar (atau buat-buat tak sedar) tentang perkara tersebut.

Lepas ini, kementerian dengan kerjasama pihak sekolah patut membuat taklimat khas buat pelajar perempuan bukan Islam tentang etika pemakaian agar ‘isu pelajar dihalau balik’ tidak lagi berulang.

Terangkan pada mereka, baju kurung sekolah sepatutnya dipakai bersama singlet agar baju dalam (coli) tidak kelihatan.

Apa pun, kami berpendapat sebarang isu di sekolah sepatutnya diselesaikan secara berhemah agar tiada perkara yang boleh mencetuskan salah faham berlaku

Sumber: Mynewshub.cc

5 comments

  1. Memang manis kalau bukan bangsa Melayu berbaju kurung tetapi Baju kurung putih utk pelajar sekolah ni memang nipis dan jarang... Dari sopan menjadi seksi pula. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terutamanya bila pakaian basah kena hujan..huhu

      Delete
  2. Tapi kalau nora danish tu...nyum nyum hahhahah

    ReplyDelete
  3. Tak tau cerita tapi nak backing.. kan andaian tu. Tapi baguslah dah selesai...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon