Wednesday, January 07, 2015

PANAS! Surat Menteri Kepada FBI Pertahan Raja Judi Malaysia Tersebar!!


Paul Phua atau nama sebenarnya, Paul Wei Seng Phua merupakan pemain poker profesional handalan yang pernah menyertai kejohanan Big One For One Drop dalam Siri Poker Dunia 2012 dan menduduki tempat keenam dalam European Poker Tour Grand Final Monte Carlo‚ 100k Super High Roller 2014.

Paul Wei Seng Phua
Paul Wei Seng Phua.

Apabila salinan surat dua halaman ditulis sendiri oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat menjelaskan bahawa Paul Phua bukan anggota kongsi gelap 14K Triad bertebaran di Internet, dah pastilah ia boleh menimbulkan curiga di hati ramai orang.

Paul Phua dan anaknya, Darren Wai Kit Phua kini menghadapi pertuduhan menghantar maklumat pertaruhan dan menjalankan kegiatan perjudian tidak sah di Las Vegas semasa Piala Dunia 2014.

Ekoran itu Paul Phua telah ditahan di negara ini sebelum dibawa ke Amerika Syarikat dan sekarang sedang menjalani tahanan rumah di sana sementara kesnya dibicarakan di mahkamah.

Zahid Hamidi - FBI
Surat dari pejabat Menteri Dalam Negeri kepada Timbalan Pengarah FBI.

Pada surat ditulis oleh Zahid kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F. Giuliano bertarikh 18 Disember 2014 itu, beliau bukan sahaja membela Paul Phua dengan menafikan pembabitannya dengan kumpulan kongsi gelap 14K Triad, malah turut memaklumkan bahawa lelaki tersebut pernah beberapa kali membantu kerajaan Malaysia dalam perkara-perkara membabitkan isu keselamatan negara. Justeru, negara ini menanti kepulangan Paul Phua dengan tangan terbuka.

Begitu sekali pembelaan diberikan oleh Zahid kepada Paul Chua sedangkan menurut peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, beliau hanya meminta jasa baik Zahid untuk menulis surat kepada FBI bagi menjelaskan bahawa lelaki tersebut tidak mempunyai kaitan dengan kongsi gelap 14K Triad.

“Walaupun tidak diminta, dalam surat itu juga, Ahmad Zahid menyatakan Paul Phua pernah beberapa kali membantu kerajaan Malaysia dalam perkara-perkara yang membabitkan isu keselamatan negara,” kata beliau pada satu sidang media khas 3 Januari lalu.

Muhammad Shafiee menjelaskan bahawa firma guamannya bekerjasama dengan firma guaman yang mewakili Paul Phua, Chesnoff & Schonfeld sememangnya ada memohon kepada Menteri Dalam Negeri pada Ogos tahun lalu untuk mengeluarkan surat berkaitan.

Surat itu menurut beliau, diminta oleh peguam Paul Phua bagi membetulkan kesilapan dalam laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada FBI pada 2008 yang menyatakan lelaki tersebut mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap 14K Triad.

Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah
Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.

Begitu pun Muhammad Shafiee menjelaskan, Zahid telah merujuk kepada maklumat polis bahawa Paul Chua benar-benar tidak terbabit dengan kumpulan kongsi gelap tersebut sebelum mengirim surat yang mencetuskan kontroversi kini, secara terus kepada FBI, dua bulan selepas diminta.

“Berhubung bantuan yang diberikan oleh Paul Phua kepada kerajaan Malaysia, itu tidak dapat saya ulas tetapi sudah tentu perkara tersebut maklumat sulit yang melibatkan keselamatan negara,” kata peguam terkemuka negara ini.

Sumber: Mynewshub.cc

3 comments

  1. Kenapa Zahid senyap? Silalah beri kenyataan!

    ReplyDelete
  2. Great job for publishing such a beneficial web site. Your web log isn’t only useful but it is additionally really creative too. judi dota 2

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon