Jan 7, 2015

Kesian, Terpaksa Jual Anak Untuk Hidup!

Sedih pula rasa hati bila membaca kisah perit suami isteri di China yang terpaksa menjual anak untuk menampung kos rawatan hospital seorang lagi anak mereka yang menghidap leukimia.

Jual-Anak

Kedua beradik itu adalah pasangan kembar lelaki dan perempuan.

Menurut ibunya, Meng Xiangyan, 29, anak kembar perempuannya kini berada dalam keadaan kritikal.

Justeru dia dan suaminya perlu mendapat wang dengan segera untuk membiayai rawatan anak mereka.

Jelasnya dia tiada pilihan kecuali menjual pasangan kembar itu untuk membantu yang seorang lagi agar kedua-duanya mempunyai peluang untuk hidup dalam keadaan berbeza.

“Setahun lalu kami mempunyai keluarga bahagia dan kami menyangka ia sudah mencukupi apatah lagi dengan kelahiran pasangan kembar kami.

“Namun keadaan berubah apabila salah seorang anak kembar kami disahkan menghidap leukimia dan perlu menjalani rawatan kimoterapi setiap 10 hari,’’ katanya.

Meng berkata dia sudah menjual apartmen mereka untuk membiayai kos perubatan dan kini menyewa di sebuah flat yang sempit dan berhampiran dengan pusat kimoterapi.

Jelasnya, semua wang simpanannya sudah habis dan dia juga terpaksa meminjam daripada rakan serta saudara.

“Wang yang ada tidak mencukupi jadi kami berharap akan mendapat wang tambahan melalui penjualan anak lelaki kami,’’ katanya.

Kalaulah SP kaya raya, Insyaa-Allah seluruh bumi ini kita bantu agar tiada lagi insan-insan yang menderita tapi manusia disekelilingnya hidup senang dan mewah..

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

5 comments

subhanalloh kok anak di jual iya hmm :(

semoga ada jalan yang terbaik untuk pasangan tersebut.

Terpaksa jual anak kerana desakan hidup..kesian

Semoga ada orang kaya yang sudi membantu diorang tu..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon