Dec 28, 2014

Video Cara Paling Cepat Dan Mudah Lipat Kain

Dalam banyak-banyak kerja rumah, ramai yang mengakui melipat kain merupakan satu pekerjaan yang amat leceh dan memenatkan.

Cara Paling Cepat Lipat Kain

Tambahan pula, kerja-kerja melipat kain ini boleh dianggap sebagai satu kerja rutin yang wajib dilakukan bagi mengelakkan timbunan kain memenuhi ruang legar rumah.

Maka tidak hairanlah, di zaman moden ini terciptanya pelbagai versi alat untuk melipat kain.

Bagi yang terlalu sibuk dalam kerjaya pula, terdapat juga servis melipat kain yang dilaksanakan oleh beberapa buah syarikat di Kuala Lumpur.

Semua ini gara-gara ingin menyenangkan kerja-kerja rumah yang menimbun terutamanya kepada kaum ibu.

Hah, ini ada salah satu cara yang amat mudah dan cepat yang boleh dipraktikkan bagi menyelesaikan masalah pengurusan kain anda.

Jom kita saksikan…



Mudah bukan?

Yang menariknya, tanpa mengeluarkan sesen wang anda, baju-baju anda akan kelihatan kemas dan teratur dengan hanya mempraktikkan kaedah ini.

Semudah 1..2..3, anda pasti tersenyum mengetahui kaedah mudah sebegini bakal meringankan kerja-kerja seharian anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

5 comments

tips bagus ni SP. Rasa tertanya juga lah blogger ni atau admin blog ni orang Keningau ke? pandai pula tu cakap dusun..semalam katanya tak dapat datang ke kompleks Keningau..so macam dekat ja dengan Etuza. Otai blog ni ..hebat tampilan blog huuuu terbaik ni..nak kenal tapi entah lah ada ke yang sudi nak kenali Etuza ni..

menurut ustaz kazim Elias yang sempat datang sangat bertuah ..nanti datang baca updated Etuza hal ceramah santai dia ya SP kita kena sampaikan dengan cara kita kontent ilmu Ustaz kazim

Wahh... sempoi juga tips ni.. :)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon