Saturday, December 27, 2014

Peristiwa 'Naik Angin' Ahli Sukan Panas Baran


Bermula daripada bekas prop Leicester, Martin Castrogiovanni yang tidak berhenti memarahi wartawan selama lima minit, insiden seumpama itu mengembalikan memori kepada peristiwa 'naik angin' pernah berlaku kepada ahli sukan apabila mereka tidak mampu lagi mengawal kemarahan.

Martin Castrogiovanni Angry

Ikuti detik yang pernah berlaku dalam sukan dari pemain tenis panas baran, John McEnroe hinggalah kepada legenda Liverpool, Kevin Keegan.

Serena Williams

Serena Williams Angry

Pada 2011, Serena Williams mengeluarkan kata-kata pedas terhadap pengadil sewaktu perlawanan final Terbuka Amerika Syarikat selepas dia menggelarnya memiliki 'dalaman tidak menarik' dan seorang yang 'kecewa' menyebabkan pemain tenis wanita berotot pejal itu didenda sebanyak AS$2,000 (RM6,200) atas tindakannya itu.

George Boateng

George Boateng Angry

Berlaku pada April 2010 dan Hull City kebetulan baru berdepan penyingkiran daripada Liga Perdana. George Boateng menyalahkan pengurusnya, Phil Brown terhadap penyingkiran terbabit menerusi satu temu ramah selepas perlawanan.

Neil Warnock

Neil Warnock Angry

Mengimbau kembali musim 1994-1995, pengurus Crystal Palace, Neil Warnock gagal mengawal kemarahan ketika mengendalikan skuad Huddersfield Town. Warnock di puncak kemarahan ketika itu sewaktu rehat pada separuh masa pertama. Bahasa digunakan? Sangat pedas dan menyinggung perasaan!

Joe Kinnear

Joe Kinnear Angry

Satu lagi detik memeranjatkan penggunaan bahasa kesat. Kali ini menerusi pengarah bola sepak Newcastle, Joe Kinnear yang hilang sabar apabila meledakkan kemarahannya terhadap sebuah akhbar tabloid harian terkemuka Britain. Kata-kata dihamburkan ibarat singa yang sedang berang.

Tommy Lasorda

Tommy Lasorda Angry

Bekas pengurus Los Angeles Dodgers, Tommy Lasorda dianggap seorang pengurus legenda dalam bola sepak Amerika Syarikat. (Bayangkan beliau adalah mirip Brian Clough dan Peter Taylor). Dalam satu tayangan video klip, Lasorda memperkecilkan kemampuan seorang krew televisyen sebelum sesi temu ramah bermula.

Richard Sherman

Richard Sherman Angry

Sewaktu perlawanan penentuan NFL 2013, pemain cornerback, Richard Sherman memainkan peranan penting membantu Seattle memenangi Super Bowl. Sewaktu perlawanan terakhir Kejuaraan NFC menentang San Francisco 49ers, Sherman menjadi sasaran quarterback 49ers, Colin Kaepernick pada zon terakhir.

Sherman berjaya mendapat kedudukan menyambut balingan Kaepernick kepada Michael Crabtree yang kemudian mengumpan kepada rakan sepasukan, Malcolm Smith bagi menyelamatkan masa pertembungan dalam perlawanan. Permainan itu kemudian dianggap sebagai 'Tampanan Paling Tepat'.

Dalam pergelutan, Sherman berlari ke arah Crabtree dan mahu berjabat tangan tetapi Crabtree membalas dengan menghantuk topi keledar Sherman di bahagian muka.

Temu ramah selepas perlawanan penuh emosi oleh Sherman bersama seorang wartawan televisyen, Erin Andrews, kini menjadi salah satu legenda dalam NFL.

John McEnroe

John McEnroe Angry

Pada 1981, John McEnroe yang masih muda beraksi dengan lilitan kepala dan rambut menggerbang begitu berang terhadap pengadil perlawanan di Wimbledon, Edward James kerana enggan membenarkan pukulan servis dibuatnya sambil menghamburkan kata-kata 'anda tidak boleh menjadi terlalu serius' sebelum meneruskan kemarahannya terhadap penonton di gelanggang tengah.

McEnroe akhirnya menewaskan lawannya, Tom Gullikson dan memenangi gelaran perseorangan lelaki dengan membalas dendam terhadap pencabar utamanya, Bjorn Borg dari Sweden.

BACA INI JUGA: Makna Disebalik Tatu Zlatan Ibrahimovic

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/16714

3 comments

  1. Etuza akan datang baca balik ya SP..Etuza agak kelamkabut ni. panas baran ni susah ..kalau terlanjur buruk padahnya

    ReplyDelete
  2. Mereka ni semua kena belajar ilmu 'anger management' ni huhu.. :D

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon