Friday, December 05, 2014

Isteri Terlajak Shopping, Zalora Bagi Free Stok 1 Tahun!


Seorang suami bernama Radzi Ali sebelum ini, memuat naik status di laman Facebook rasmi milik ZALORA Malaysia hinggakan kisahnya yang memohon ZALORA menyekat isteri daripada terus bershopping di laman itu menjadi viral di media-media sosial.

Zalora

Namun, perkara ini disedari oleh isterinya, Nuzaimah Ideris hingga mencetuskan sedikit perbalahan antara pasangan berkenaan.

Zalora [2]

Menurut Nuraimah, dia kuat bershopping di laman itu kerana dia sedang hamil dan tidak larat untuk keluar ke pusat beli-belah.

Zalora [3]

Dan siapa sangka, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapalah yang tahu.

Pepatah ini sangatlah sesuai mengambarkan kisah seorang isteri girang yang secara tiba-tiba menerima bekalan baju dan kasut seolah-olah untuk setahun dari pihak ZALORA secara percuma!

Wah...syoknya dan best giler lah!

Zalora [5]

Pasangan ini berjaya mencuri tumpuan ZALORA hinggakan pihak ZALORA sendiri menghantar bekalan stok secara percuma kepada isteri tersebut.

Mari kita tengok aksi gembira isteri ini..

Zalora [6]
Zalora [7]
Zalora [8]
Zalora [9]
Zalora [10]

Terserlah kegembiraan isterinya hinggakan setiap gambar tidak lekang senyuman dari bibirnya..

Bergaya sakanlah wanita ini dengan produk cun melecun daripada ZALORA.

Alhamdulilah, agaknya ini rezeki anak yang dikandung.

Suami ini turut mengucapkan terima kasih kepada pihak ZALORA yang berjaya memujuk isterinya dengan pemberian hadiah sebanyak itu.

Zalora [4]

Radzi Ali sempat bergurau dengan pihak ZALORA hingga mencetuskan tawa kepada sesiapa yang membaca statusnya.

Jadi, kepada pembaca sekalian, jangan lupa shopping kat Zalora Disember ni, potongan sehingga 90%!

Giler..patutlah Radzi mengamuk..hehe

Lazada Malaysia

6 comments

  1. Siapa sangka, dari gurauan akhirnya mendapat imbuhan... Bijak strategi marketing zalora!

    ReplyDelete
  2. Gurauan langkah kanan namanya ni hihii... rezeki... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki anak agaknya. Tumpang gembira nampak muka si isteri ceria sangat..

      Delete
  3. bertuah kan?? sha nak pakai 1 zalora pun tak mampu lagi.. haha :)

    ReplyDelete
  4. pergghhh rezeki setahun tuuu...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon