Tuesday, December 09, 2014

Hackers Vietnam Godam Laman Web FAM, Inter Johor Firms (IJF) Dibubarkan!


Daripada insiden pergaduhan membawa kepada pengharaman dan pembubaran Inter Johor Firms (IJF) yang dikaitkan dengan keganasan, terbaharu laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pula digodam.

Hackers Vietnam Godam Laman Web FAM!

Penggodam telah menukar muka depan laman web tersebut dengan ayat bahasa Vietnam yang antaranya bermaksud ‘mereka bermain dengan sangat teruk’ selain ayat bahasa Inggeris berbunyi ‘bad play fans Malaysia’.

Susulan itu, laman web FAM terpaksa ditutup untuk penyelenggaraan dan hanya mesej “Laman ini ditutup untuk penyelenggaraan. Sila semak kembali tidak lama lagi” terpapar apabila ia dibuka.

Menerusi kenyataan Facebook FAM menjelaskan, laman mereka sememangnya telah diceroboh dan sedang menyelesaikan perkara ini.

Hackers Vietnam Godam Laman Web FAM! [2]

Dalam posting sama FAM sempat memohon maaf kepada penyokong Vietnam ekoran insiden gaduh yang tercetus pada aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam.

Selain meminta maaf FAM menegaskan bahawa mereka mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dalam bola sepak malah menulis “LOVE FOOTBALL AND STOP HOOLIGANISM”.

Difahamkan susulan insiden ganas di Stadium Shah Alam, Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) telah menghantar surat tunjuk sebab kepada FAM berhubung tindakan liar penyokong Harimau Malaya yang mencederakan penyokong Vietnam gara-gara kekalahan negara 2-1.



PBNJ Haramkan IJF Masuk Stadium!

Inter Johor Firms (IJF)

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mengharamkan kumpulan penyokong bola sepak Inter Johor Firms (IJF) daripada memasuki Stadium Larkin di Johor berkuat kuasa serta merta.

Presidennya dalam satu kenyataan memberitahu, kumpulan penyokong itu juga diharamkan daripada memasuki mana-mana stadium lain membabitkan perlawanan pasukan dari Johor.

PBNJ bagaimanapun menafikan keputusan itu berikutan kekecohan yang berlaku antara penyokong Malaysia dengan vietnam di Stadium Shah Alam, Selangor semalam sebaliknya menentang ideologi hooligan.

“PBNJ dengan kerjasama pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mendapat perkenan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menghalang kegiatan kumpulan pelampau yang mencemar imej negeri Johor.

“Pihak yang bertanggungawab memberi imej buruk dan memalukan negeri Johor akan ditangani dengan segera kerana kumpulan pelampau seperti ini tidak diiktiraf sebagai warga Johor. Orang-orang seperti ini yang telah memberi nama buruk perlu dikutuk sekeras-kerasnya oleh sekalian rakyat Johor,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, PBNJ mengambil keputusan itu bukan kerana kejadian yang berlaku di Stadium Shah Alam semalam tetapi kerana Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden PBNJ mengutuk sekeras-kerasnya mana mana organisasi yang mengamalkan ideologi hooligan.

Inter Johor Firms (IJF) Umum Pembubaran, Nafi Punca Kekecohan

Inter Johor Firms (IJF) [3]

Kumpulan kecil penyokong bola sepak Johor Inter Johor Firms (IJF) mengumumkan pembubarannya berikutan pengharaman kumpulan berkenaan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Laman Facebook IJF dalam satu kenyataan bagaimanapun menafikan kumpulan tersebut yang menimbulkan kekecohan yang timbul di Stadium Shah Alam, Selangor ditimbulkan oleh IJF.

“Akur dengan titah Tunku Mahkota Johor, kami IJF akan di bubarkan mulai saat ini.

“Rentetan dengan isu di Stadium Shah Alam, semua pihak menuding jari ke arah kami. Kononnya kami punca semuanya. Kami ingin bertanya berapa ramaikah yang bertopeng dan berjaket hitam di stadium itu semalam?” kata kenyataan itu.

IJF mendakwa, gaya penyokong bola sepak tempatan bertopeng bukan sahaja diamalkan oleh anggota IJF tetapi oleh ramai penyokong pasukan bola sepak lain.

Inter Johor Firms (IJF) [2]

Kenyataan itu turut menafikan akaun Facebook milik Danial yang terlibat dalam serangan ke atas penyokong Vietnam seperti disebarkan dalam media sosial adalah anggota IJF.

Dakwa IJF, sejak kebelakangan ini ramai pengguna Facebook mengaku anggota IJF dengan menggunakan logo dan gambar kumpulan tersebut secara sesuka hati untuk memburuk-burukkan IJF.

IJF turut menafikan kumpulan tersebut merosakkan bas di tempat letak kenderaan di kawasan Go Kart berhampiran Stadium Shah Alam.

“Kami `parking’ di kawasan Giant. Sangat jauh untuk ke sana semata-mata nak provok dan baling batu.

“Janganlah risau. Tidak akan nampak lagi kelibat kami di stadium anda malahan di stadium kami sendiri. Kami buat begini kerana akur dengan titah Tunku Mahkota Johor kami, bukan sebab anda semua,” kata kenyataan itu.

Sumber: Mynewshub.cc

-SENTIASAPANAS.COM

5 comments

  1. Mmg memalukan lah... bola punya cite je pun sampai jadi mcm ni.. adehhh...

    ReplyDelete
  2. Kumpulan dah dibubarkan...kalau pas ni nak pastikan mereka tak masuk padang, kenalah guna scan cap jari...sekadar tunjuk IC je...sape2 punya pun blh pinjam...

    ReplyDelete
  3. Sukan sepatutnya menjadi pengerat perpaduan tetapi kini dah jadi sebaliknya... Ini bukan budaya kita!

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon