Thursday, December 04, 2014

Beg Sandang Terbaik Khusus Untuk Gadjet Anda


Beg Sandang Thanko. Boleh dikatakan tak kira anda berada di mana, pasti terdapat seseorang menggunakan peranti bersaiz phablet, lebih-lebih lagi di restoran makanan segera.

Thanko

Ini adalah kerana pengguna di Asia gemar menggunakan peranti mereka untuk menonton siri TV ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Tablet 12 inci ini boleh memberikan kepuasan menonton siri TV seperti Suamiku Encik Sotong ketika di luar tetapi ianya sukar digunakan ketika di dalam komuter.

Anda memerlukan sebelah tangan untuk memegang peranti dan sebelah lagi memegang rel besi bagi mengelakkan diri dari terjatuh ketika berdiri di dalam tren.

Di Jepun sudah ada beg sandang merangkap pemegang tablet yang dinanti-nantikan pengguna tablet.

Thanko [2]

Beg sandang yang diberi nama Thanko ini mempunyai pemegang tablet yang boleh dibuka bagi membolehkan anda menggunakan tablet tanpa memegangnya.

Kini anda boleh menggunakan tablet walaupun ketika berdiri di dalam tren, ia sesuai digunakan dengan tablet iPad Air 2, Nexus 9 dan Kindle Fire HDX.

Pemegang boleh diputarkan 360 darjah supaya pengguna boleh memilih orientasi landskap ataupun potret.

Thanko [3]

Selain daripada itu pemegang tablet boleh dicabut dan berubah menjadi tetongkat dan apabila disangkutkan pada belakang kerusi kereta, ia berubah sekali lagi menjadi penyangkut tablet di dalam kereta.

Sebuah beg dengan empat fungsi berbeza, tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan empat aksesori berbeza.

Harga jualan beg 4 dalam 1 ini ialah RM 143.

Sumber: Akihabaranews

WolffePack, Beg Sandang Paling Sesuai Untuk Naik Tren

WolffePack

Jika sering menggunakan perkhidmatan awam seperti komuter, anda pasti pernah melihat seseorang mengenakan beg sandang secara terbalik ke hadapan.

Ia bertujuan mengelakkan kes poket beg diseluk pencuri bagi merembat barangan yang diletakkan di situ termasuk peranti elektronik seperti telefon bimbit dan komputer riba.

Beg sandang yang dipakai begini bagaimana pun agak janggal, melainkan jenis Wolffepack yang direka dengan mengambil kira penyelesaian masalah bagi kes kecurian terutama di dalam komuter.

Antara ciri-cirinya adalah bahagian simpanan barang beg sandang ini boleh dicabut dan diputarkan ke hadapan dengan mudah.

Tali beg pula akan kekal disandang pemakai cuma ruang simpanan boleh ditanggalkan.

Apabila ingin kembali ke posisi asal, pemakai hanya perlu menarik tali yang terletak di dalam tali beg, tidak perlu risau tali ini penyambung ini akan putus kerana ia diperbuat daripada Dyneema yang mampu menanggung berat maksimum 300 kilogram.

Dana untuk projek ini sedang dikumpul di Kickstarter dengan harga jualan bermula dari £85 (RM280) sebuah.

BACA INI JUGA: Cara Mudah Membuat Aplikasi Android untuk Blog

Sumber: Kickstarter

-SENTIASAPANAS.COM

7 comments

  1. Saya belum sanggup lagi menggunakan bag sandang seperti gambar di atas,
    rasa terlalu bergantung hidup/ketagih gadjet pulak rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk mereka yang gadjet bagaikan nyawa kedua mereka sahaja..hehe

      Delete
  2. Wah..macam-macam style beg sandang sekarang ni ye..menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak pilihan sekarang ni. Macam-macam ada..:)

      Delete
  3. Menarik dan kreatif! Sesuai buat mereka yg tak boleh lekang dgn tablet!

    ReplyDelete
  4. Menarik... sempoi ni.. Senang juga nak blogwalking di mana2 buat blogger mcm kita ni..

    ReplyDelete
  5. Terbaik.. Terus semua orang yang pandang kita guna beg sandang terus tendang kita.. haha just kidding.. Semakin hebat pemikiran manusia sekarang nhe..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon