Friday, November 14, 2014

Zahiril Adzim Solat Di Parkir PWTC Tak Berniat Nak Menunjuk


Pelakon Zahiril Adzim menjelaskan tindakannya menunaikan solat di parkir Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebelum ke majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada 7 November lalu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.

Zahiril Adzim Solat

Zahiril, 29, berkata, dia terpaksa menunaikan solat Maghrib di kawasan letak kereta tersebut berikutan sudah kesuntukan masa selepas berkejar-kejar dari lokasi penggambaran untuk menghadiri majlis berkenaan.

“Saya terpaksa menunaikan solat Maghrib di parkir kerana waktu solat sudah suntuk dan saya sudah mengagaknya. Jadi selepas selesai penggambaran saya pulang ke rumah untuk ambil isteri saya dan ketika itu saya sudah siap-siap ambil air sembahyang.

“Selepas sampai sahaja di PWTC saya cari tempat tersorok untuk bersembahyang kerana kalau saya bergegas ke surau sudah tentu penuh, lagi pun saya takut air sembahyang terbatal jika ada yang ingin bergambar ketika dalam perjalanan ke surau,” ujarnya kepada mStar Online.

Zahiril berkata demikian ketika diminta mengulas apabila gambarnya sedang bersembahyang di kawasan parkir sebelum bermula majlis ASK 2014 tersebar dan dibualkan di laman sosial.

Gambar dirakamkan oleh peminat yang melihat situasi itu menyebabkan Zahiril dituduh mahu menunjuk-nunjuk kerana tidak menunaikan solat di surau yang disediakan di PWTC.

Zahiril Adzim Solat

Jelas Zahiril, dia sendiri terkejut apabila diberitahu tentang gambar itu tersebar dan diperkatakan di laman sosial.

“Saya rasa ia tidak elok untuk disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah seperti ini, saya pun tidak perasan siapa yang mengambil gambar tersebut. Kalau benar saya mahu menunjuk-nunjuk baik saya sembahyang di red carpet sahaja.

“Saya sudah cari tempat paling sunyi yang tidak ada orang ramai, namun saya tahu ada pengawal keselamatan berhampiran kerana takut kalau ada apa-apa berlaku ketika sedang solat,” katanya.

Sumber: mStar

~SP: Tak payah la nak fitnah pula dia ni. Bukannya dia yang ambik gambar sendiri dan suruh orang sebar. Sepatutnya orang Malaysia kena bersyukurlah ada juga artis kita yang masih ingat nak beribadah kepada Allah. Artis seksi tayang ketiak di red carpet tak pula nak komplen..

-SENTIASAPANAS.COM

14 comments

  1. Seperti kata admin, jgn memfitnah, susah nak minta maaf nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Perkara baik patut dikongsi supaya menjadi contoh teladan..

      Delete
  2. Bila yg baik pasti akan diuji alhamdullillah

    ReplyDelete
  3. siapalah kita nak tahu isi hati orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masalahnya dengan orang Malaysia, susah nak faham. Semua nak dijadikan isu besar..

      Delete
  4. Kalo i jd zahiril i tak kan peduli aper org nak kata coz bg i yg penting aper yg Allah kata!!

    ReplyDelete
  5. Tak perlulah nak dijadikan viral isu ni kan.. biar je lah di nak sembahyang. Soal niat tu atas dia. Ni kan bumi Allah.. Solat pun jadi hal ke.. pastilah ada sbb musabab tu.. Apalah org ni, tak pernah tengok org sembahyang ke...

    ReplyDelete
  6. Asalam anak saya di Mesir sering melihat pak arab terus saja solat mana2 tempat jika dah sampai masa solat, luarbiasa pelakon ni buat Demi Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya di Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam akan melenting kalau kita sembahyang dimana-mana, menghairankan sungguh..

      Delete
  7. teringin nak d\masuk bloglist kat sini..agar sentiasa ada bahang panas berbelog hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dipersilakan cikgu membuat pautan di bloglist madey09 dan inform kat sini ye. Nanti saya letakkan kedalam senarai..:)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon