Friday, November 21, 2014

Subsidi Petrol RON95 Dimansuh Bermula 1 Disember


Subsidi Petrol RON95 Dan Diesel Dimansuhkan. Tiada Lagi Subsidi Bagi Petrol Ron 95 dan Diesel Mulai 1 Disember.

Ron95

Subsidi untuk minyak petrol RON95 dan diesel akan dihapuskan dan harga akan ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal seperti harga pasaran global mulai 1 Disember ini.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, perkara ini telah dipersetujui oleh Kabinet dan pelaksanaannya sama seperti harga runcit RON97 yang telah dibuat sejak Julai 2010.

Keputusan Kabinet untuk menetapkan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Disember 2014 ini merupakan langkah terbaik mengatasi inflasi dan kemelut kos sara hidup rakyat yang sangat mengganas sekarang ini.

Melalui pengapungan terkawal ini kerajaan akan menentukan harga RON95 dan Diesel mengikut kaedah RON97 iaitu bergantung kepada pengiraan harga semasa selama 3-6 bulan sekali.

Ini bermakna sungguhpun subsidi telah ditarik balik, petrol dan diesel masih merupakan barang kawalan dan tidak boleh ditentukan oleh peruncit sesuka hati seperti di kebanyakan negara lain. Adalah dijangka penghapusan subsidi ini tidak membabitkan sebarang perubahan harga dalam masa terdekat ini.

Dalam masa yang sama, kaedah ini mengelakkan peruncit menaikkan harga berulang kali setiap kali kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi Petrol tetapi tidak menurunkan harga apabila harga petrol diturunkan.

Ketika mengumumkan keputusan kabinet ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, berikutan itu harga kedua-dua harga bahan bakar api itu akan dilaksanakan sama seperti harga runcit RON97 yang telah dibuat sejak Julai 2010.

Bagaimanapun, jika paras harga RON 95 dan Diesel dunia melebihi harga maksimum yang ditetapkan, maka kerajaan perlu memberi subsidi sementara sehingga ia kembali ke paras yang realistik.

Melalui kaedah penetapan harga maksimum ini, ia akan memudahkan rakyat, peniaga dan usahawan merancang bajet dan perbelanjaan mereka serta menetapkan harga barangan.

Ini sekaligus mengelak kenaikan harga yang berlipat kali ganda setiap kali perubahan harga petrol.

Mungkin juga dalam mengurangkan bebanan subsidi ketika harga RON95 dan Diesel melambung tinggi, maka kerajaan perlu mewujudkan stok penimbal sendiri bagi membolehkan ia mengawal harga pasaran dalam negara selama beberapa tahun.

Membenarkan RON95 menjadi tidak stabil juga tidak bagus kepada negara biarpun ia menjimatkan kos pengurusan subsidi.

Ini akan menggalakan inflasi dan perbelanjaan syarikat dan individu di luar jangkaan kerana harga minyak dunia sendiri tidak stabil dan bergantung kepada manipulasi pasaran.

Sumber: Utusan.com.my/MYKMU.NET

SP: Entahlah..

9 comments

  1. Assalammualaikum... SP,

    pening gak kepala harga minyak yang turun naik nie..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam mSelim. Memang pening sangat la lepas ni..

      Delete
  2. Jom duduk diam2 dalam rumah.
    Tak payah pi mana2.
    Erghhh..

    ReplyDelete
  3. Mana mesra rakyat nya klu mcm ni... wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesra 4 5 tahun sekali.... ooopppsss hahaha

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon