Saturday, November 01, 2014

PhotoMath, Aplikasi Untuk Menjawab Soalan Matematik!


Terdapat beberapa aplikasi pada hari ini yang memudahkan proses pengiraan dan menyelesaikan masalah matematik.

Aplikasi+PhotoMath [2]

Terkini, sebuah aplikasi baru hadir menggunakan kamera pada peranti dalam. Ia membolehkan sesuatu masalah matematik dibaca lalu diselesaikan.

Dinamakan PhotoMath, ia salah satu contoh ciptaan melalui aplikasi peranti pintar yang sangat berguna.

Pengguna hanya perlu mulakan aplikasi tersebut, dan kemudian ia akan mengaktifkan kamera secara automatik.

Seterusnya halakan kamera peranti kepada masalah matematik yang ingin diselesaikan.

Aplikasi+PhotoMath

Jawapan kepada sesuatu masalah matematik yang terpapar pada skrin, akan terjawab tanpa pengguna perlu menekan apa-apa! Mudah bukan?

PhotoMath turut dilengkapi dengan teknologi pengecaman teks tersendiri, namun ia memerlukan sokongan rangkaian internet untuk berfungsi.

Satu yang pasti jika disalah guna, anak-anak anda akan sentiasa dapat markah penuh dalam ujian Matematik.

Buat masa ini, PhotoMath hanya ditawarkan untuk pengguna iOS dan juga Windows Phone sahaja, manakala versi Android dijangka akan menyusul awal tahun hadapan.

Saksikan videonya dibawah..



Sumber: Mynewshub.cc

5 comments

  1. saya baru nak buat entry ni hari ni sbb ada nampak kat paper hari tu ... terlepas udah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, rasanya masih ramai yang tak tahu tentang app ni. Mungkin mereka akan membacanya di blog Vee..:)

      Delete
  2. mmm rasa macam tak berapa setuju dengan perisian ini. Ia akan membuatkan manusia semakin malas

    ReplyDelete
  3. Bagus kpd yg memerlukan.. mudah bagi mereka yg dlm bidang kejuruteraan. Mudah nak buat perkiraan terus klu kat site..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon