Friday, November 14, 2014

Cara Mengatasi Masalah Gambar Thumbnail Blank


Biasanya jika gambar thumbnail tidak muncul pada homepage blog, maka akan digantikan dengan gambar blank, putih, kosong atau image default.

No_image_available_problem_blogger

Ini sebenarnya agak menyusahkan kerana imej thumbnail yang kosong sedangkan kita sudah menyediakan gambar yang cantik untuk menambahkan lagi seri artikel. Artikel pun nampak kurang menarik kerana hanya imej kosong yang terpapar.

Jadi, bagaimana untuk mengatasi gambar thumbnail yang tidak muncul di blog anda?

Cara Mengatasi Gambar Thumbnail Blank

Masalah-Imej-Thumbnail-blank

1. Untuk lankah pertama sila ubah seting site feed anda seperti berikut. Setting --> Site Feed --> Allow Blog Feed --> pilih FULL.

2. Jika langkah diatas tidak berkesan, Edit post dimana gambar thumbnail tidak muncul di homepage. Cari kod html gambar anda dan buang huruf s pada link gambar. Contoh: a href="https://.. atau src="https://.. menjadi a href="http://.. atau src="http://..

3. Klik Update dan selesai..

SP sendiri mengalami masalah ni sejak lama dahulu dan semakin 'teruk' minggu ini. Jadi dengan pertolongan encik google, nasib baik jumpa juga jalan penyelesaiannya.

Kelakar juga bila difikirkan begitu mudah caranya, walhal disebabkan oleh satu huruf semua jadi haru biru..hehe

UPDATE

Jika cara diatas tidak mampu menyelesaikan masalah thumbnail blank, kemungkinan anda menggunakan simbol " " pada tajuk artikel. Sila ubahsuai kepada ' ' atau buang simbol tersebut.

Selamat mencuba..

-SENTIASAPANAS.COM

4 comments

  1. Assalammualaikum.. SP,

    mselim3 pun kalau kena minta pertolongan pakcik ggogle aje...hhheheh

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam mSelim. Pakcik google memang besar jasanya..hehe

      Delete
  2. Thanks sharing info ni SP. Setakat ni belum kena mcm ni lagi tp klu apa2 dah taulah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah betul, nasib baik ketemu jalannya..:)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon