Monday, October 20, 2014

MH370: Sinar Baru Melalui Kaedah Mikrofizik


MH370. Seorang saintis Australia bagai memberi harapan baru kepada ahli keluarga mangsa pesawat Penerbangan Malaysia MH370 apabila memberitahu wujud kemungkinan mengesan pesawat itu melalui kajian terhadap perubahan awan.

Aron Gingis
Gingis jejaki MH370 menggunakan awan.

Pakar dalam bidang mikrofizik dan mengetuai sebuah syarikat perunding, Australian Management Consolidated, Aron Gingis berkata, pesawat yang hilang sejak tujuh bulan lalu itu boleh dikesan melalui jejak pemeluwapan terhasil akibat pembakaran bahan api daripada pesawat itu.

Menurutnya, dia sudah menggunakan teknologi yang sama untuk menjejaki sebuah kapal yang karam di utara Lautan Pasifik.

Katanya, kaedah mikrofizik digunakan untuk mengkaji perubahan awan yang terhasil daripada bahan bakar kapal yang terapung dan kemudiannya dikesan menerusi data satelit.

“Saya dapat mengesan laluan kapal di Lautan Pasifik Utara dengan mengenal pasti pelepasan wap bahan api yang terdapat di dalam awan dan kaedah sama boleh dilakukan dalam kes penyiasatan MH370,” katanya dalam satu wawancara bersama rancangan News 24 Australia.

Bagi memperkuatkan hujahnya, Gingis berkata, wujud kemungkinan yang realistik untuk menjejaki laluan pesawat MH370 menggunakan kaedah yang sama dan seterusnya mengenal pasti lokasi di mana pesawat itu hilang.

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/3036

4 comments

  1. harap apa yang didedah nanti membawa sinar bahagia buat kita semua..

    ReplyDelete
  2. semoga misteri mh370 akan terjawab juga...

    ReplyDelete
  3. tak dapat mayat daapt bangkai pesawat pon dah cukup utuk menjawap teka teki selama ni

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan segala usaha pencarian.. mudah2an jumpalah... aamiin.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon