Oct 28, 2014

Gadis Dihukum Mati Selepas Bunuh Perogol

Rayhaneh Jabbari, 26 tahun, gadis malang berbangsa Iran yang merupakan mangsa rogol telah dihukum mati pada sabtu lalu atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang memperkosanya.

Rayhaneh

Mahkamah Iran telah menahan Rayhaneh atas kesalahan tertuduh membunuh pegawai perisikan kementerian, Morteza Abdolali Sarbandi yang telah memperkosanya pada tahun 2007.

Pada tahun 2009, keputusan kes Rayhaneh telah membuatkan mahkamah Teheran menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada beliau.

Kes Rayhaneh Jabbari ini telah mengejutkan ramai pihak dan mendapat pelbagai liputan media disebabkan tertuduh yang cuba untuk melindungi diri, tetapi dikenakan tindakan yang sebaliknya.

Rayhaneh [2]

Rentetan kes ini, pelbagai bantahan serta kempen telah dijalankan sehingga terbitnya sebuah petisyen di media sosial berkenaan dengan kes tersebut.

Beratus-ratus ribu tandatangan dan petisyen telah diberikan kepada pihak berkuasa Iran namun kempen yang bergelar “Stop Execution!” di Facebook dan Twitter yang dijalan pada bulan lepas hanya membuatkan proses pengantungannya tertuduh, Rayhaneh Jabbari tertangguh.

Perkara ini turut dikesali oleh Pengarah Pertubuhan Hak Asasi Dan Manusia Amnesty, Hassiba Hadj Sahraoui, menurutnya.

Rayhaneh [3]

“Ia amat mengecewakan, ini adalah sebuah lagi peristiwa berdarah yang kotor terhadap hak asasi manusia di Iran.

Pihak berkuasa Iran nampaknya sangat berkeras untuk menjalankan proses hukuman mati kepada tertuduh meskipun keadilan terhadap kes tersebut terang-terangan berat sebelah,” katanya.

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Dunia sudah terbalik... kesiannya...

Begitulah apabila undang-undang disalah-guna..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon