Wednesday, September 17, 2014

Review Smartphone Terbaru September 2014


Info Gadjet. Review Smartphone Terbaru. Pengeluaran telefon pintar (smartphone) peringkat tinggi kini menjadi trend di kalangan pembuat peranti mudah alih diseluruh dunia.

Kali ini SP ingin membawakan kepada anda semua keluaran Smartphone terbaru dari jenama hebat setakat bulan September.

Vivo Xshot
Harga: 1,799

Vivo Xshot

Meskipun tidak segah jenama lain dari China, Vivo mula dilihat sebagai pemain baru dalam arena peranti Android. Telefon pintarnya, Xshot memiliki spesifikasi hebat dengan pemproses empat teras terbaru Qualcom Snapdragon 801 2.4 GHz.

Spesifikasi lain termasuk memori (RAM) 3GB dan storan dalaman 32GB. Peranti yang bersaiz 5.2 inci dengan skrin HD penuh ini dilengkapi kamera belakang 13MP selain menyokong sambungan LTE.

HTC One E8
Harga: RM1,699

HTC One E8

Ini bukan model kompak atau versi pertengahan bagi model utama One M8. Selain nama, satu-satunya kelainan diantara telefon pintar One M8 dan One E8 ialah bahan binaannya iaitu logam dan polikarbonat.

Dari segi spesifikasi, peranti ini cemerlang dengan skrin HD 5 inci, pemproses empat teras Qualcomm Snapdragon 801 2.5GHz, memori (RAM) 2GB, memori dalaman 16GB, kamera utama 13MP dan kamera hadapan 5MP.

Acer Liquid E3
Harga: RM799

Acer Liquid E3

Acer terus bersaing di pasaran telefon pintar (smartphone) dengan memperkenalkan Liquid E3. Telefon pintar kelas pertengahan ini memiliki skrin 4.7 inci (720p), pemproses empat teras Media Tek MT6589 1.2 GHz, memori (RAM) 2GB dan storan dalaman 16GB.

Model ini juga sangat sesuai untuk peminat fotografi mudah alih dan peminat selfie kerana hadir dengan kamera belakang 13MP, manakala kamera hadapan 2MP dilengkapi flash LED.

Xiaomi Redmi Note
Harga: 509

Xiaomi Redmi Note

Merupakan phablet pertama keluaran Xiaomi, pembuat peranti mampu milik dari China. Peranti ini dilengkapi skrin 5.5 inci (720p), pemproses lapan teras MediaTek MT6592 1.7 GHz, memori (RAM) 2GB dan storan dalaman 8GB.

Phablet ini dilengkapi kamera lebih baik daripada beberapa pesaingnya iaitu 13MP dan 5MP, masing-masing untuk kamera hadapan dan belakang. Menyokong dwi-SIM dan baterinya berkapasiti 3,100 mAh.

Motorola Moto E
Harga: RM400

Motorola Moto E

Satu lagi telefon pintar mampu milik yang menampilkan spesifikasi menarik untuk peranti dalam kelasnya. Moto E ialah versi lebih rendah bagi Moto G, namun tidak bermaksud peranti ini bertaraf 'cap ayam'.

Dilengkapi skrin 4.3 inci qHD, pemproses dua teras Snapdragon 200 1.2GHz, memori (RAM) 1GB dan storan dalaman 4GB.

Peranti ini tidak dilengkapi kamera hadapan, namun kamera belakangnya dilengkapi sensor 5MP.

LG G3 Beat
Harga: Tidak dinyatakan

LG G3 Beat

Versi mini untuk model G3 ini berspesifikasi pertengahan. Dilengkapi skrin bersaiz 5 inci (720p), pemproses empat teras Qualcomm Snapdragon 400 1.2GHz, memori (RAM) 1GB dan storan dalaman 8GB. Mempunyai sensor 8MP untuk kamera utama dan 1.3MP untuk kamera hadapan.

Beberapa ciri G3 yang dikekalkan padanya ialah autofokus kamera yang berpandukan laser, kekunci 'belajar sendiri', LTE dan bateri 2,540 mAh.

-SENTIASAPANAS.COM

5 comments

  1. Assalammualaikum....sentiasa panas,

    Motorola Moto E bertaraf cap ayam...hehhe sardin cap ayam mahal hooo...

    mselim3

    psl: terima kasih sentiasa panas... visit mselim3... moga kita kekal berhubungan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kesian motorola, pemain besar suatu ketika dulu..

      Delete
  2. Acer tu pun ok gak.. harga murah tapi power juga kan...

    ReplyDelete
  3. Jenama dr China semakin canggih dan semakin banyak dipasaran. Namun jenama2 terkenal masih mendapat kepercayaan walaupun harganya agak mahal.

    ReplyDelete
  4. Iphone 6 the best nilai nya walaupun second tetap utuh

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon