Wednesday, September 10, 2014

Isu Seluar Ketat Tonjol 'Anu', Zizan Razak Mohon Maaf!


Nampaknya bukan hanya pengacara wanita sahaja yang perlu berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian, hos lelaki pun perlu juga menitik beratkan perihal ini agar penampilan sentiasa kelihatan kemas dan tidak ada cacat celanya di mata penonton.

Seluar Zizan Tonjol Anu

Ini kerana penampilan pengacara konsert mingguan Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) iaitu Zizan Razak yang tampil dengan seluar ketat sehingga menampakkan benjolan alat sulitnya mendapat kritikan daripada sesetengah peminat yang menonton program popular itu, Ahad lalu.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Zizan menyatakan hal itu adalah sesuatu di luar kawalannya dan telah memohon maaf mengenainya.

"Saya minta maaflah pada mana-mana pihak yang terganggu. Ia memang tak disengajakan.

"Ini memang kelakar, tapi nak buat macam mana benda di luar kawalan saya.

"Saya tak tahu macam mana nak jelaskan hal ini. Ia adalah seluar tajaan dan ukuran sudah dibuat awal-awal lagi mengikut saiz saya.

"Cuma tak sangka pula bila sudah pakai nampak sendat dan ketat di bahagian itu. Saya minta maaflah pada mana-mana pihak yang terganggu. Ia memang tak disengajakan," katanya memetik Harian Metro.

Seluar Zizan Tonjol Anu [2]

Zizan turut menambah dia tidak boleh berbuat apa-apa termasuk menukar seluar pada ketika itu kerana tiada sebarang seluar gantian yang disediakan sepanjang mengacarakan konsert minggu pertama AF 2014.

Takpelah Zizan, ambillah perkara ini sebagai pengajaran dan elakkanlah memakai pakaian yang terlalu ketat, sebab nanti dah lari fokus pula penonton, dari nak tengok peserta, kang tak pasal-pasal mata asyik terpandang kat bahagian situ je pulak..

Sumber: Mynewshub.cc (link)

8 comments

  1. Team wardrobe la yang punya keje tu... kesian zizang jadi mangsa... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 belajar dari pengalaman la lepas ni kan..

      Delete
    2. kejadah team wardrobe nye keje lak..hahaha..
      fikir dulu sebelum lontar..
      pernah jumpe zizan kat lua?
      mamat ni mmg suke pakai style skinny..
      g mane2 pun seluar die mmg style mcm tu..'
      cume malam tu mungkin tade luck tetibe leh tereraksi plak

      Delete
    3. Apa boleh buat la zizan, bukan senang nak tengok 'anu' zizan tu..hehe

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon