Thursday, August 28, 2014

Ramli MS Dan Alyah Ditangkap Berkhalwat?


Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya Ramli MS mengakui sudah bernikah dengan Alyah sejak setahun lalu.

Ramli MS Dan Alyah Ditangkap Berkhalwat

SAH nikah! Itulah status terbaru komposer terkenal Datuk Ramli MS dan penyanyi Alyah.

Perkara itu didedahkan menerusi laporan Berita Harian selepas sembilan pegawai JAIS mengunjungi kediaman mewah komposer itu di Bandar Kinrara, pagi tadi bagi menyiasat hubungan Ramli MS dengan Alyah.

Laporan itu turut menyebut Ramli dan Alyah sudah bernikah di Batam, Indonesia, namun masih belum mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah di negara ini.

Wartawan yang berada di tempat kejadian juga mendapati kenderaan jenis Mitsubishi pacuan empat roda milik Alyah berada di kediaman itu.

Pekerja kontraktor yang mengubahsuai kediaman disitu juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama di banglo tersebut.

Menurut sumber JAIS, Ramli dan penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu akan ke pejabat JAIS dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti pernikahan bagi tujuan pendaftaran.

Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka.

Yang peliknya, susah sangat ke nak mengaku sudah bernikah, kan?

UPDATE!

“Macamlah Saya Jual Dadah”

Ramli MS Dan Alyah Ditangkap Berkhalwat [2]

Konduktor muzik terkenal Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS berkata ada sebab beliau merahsiakan pernikahannya dengan penyanyi Alyah yang dilakukan di Batam, Indonesia kira-kira setahun lalu.

Bagaimanapun Ramli tidak berhasrat untuk berkongsi sebab kenapa beliau berbuat demikian.

“Dah setahun kami kahwin, tentu ada sebabnya kami rahsiakan perkara ini. Kenapa kamu semua nak sibuk? Ini adalah hak mutlak asasi saya,” katanya kepada mStar Online dalam nada bergurau ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad dalam satu kenyataannya kepada sebuah portal berkata pasangan berkenaan akan menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihaknya pada Selasa ini untuk penelitian.

Ramli menyifatkan kontroversi perkahwinannya itu terlalu diperbesarkan seolah-olah beliau melakukan kesalahan serius seperti menjual dadah.
“Kamu semua ingat… macamlah saya jual pil kuda atau ekstasi… hahaha.”

“Sedangkan kami (Ramli dan pihak Jais) siap bergurau senda lagi di dalam rumah. Macam pihak polis buat sekatan jalan. Mereka tahan, bertanya dan kemudian kita jalan.

“Tetapi orang luar buat cerita macam saya jual dadah… haha,” ujarnya pula menerusi SMS tersebut.

Sebelum ini Ramli mengunci mulut apabila ditanya gosip perkahwinannya dengan Alyah.

Penyanyi itu pula tidak banyak bercerita mengenai hubungan mereka tetapi meminta pihak media bertanyakan sendiri kepada Ramli jika ingin penjelasan dengan alasan biar ia disahkan sendiri oleh pihak lelaki. –mStar Online

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon