Aug 11, 2014

Adam AF Dan Fiza Elite Rujuk Kembali

Nampaknya penceraian tidak memisahkan terus pasangan Adam AF dan Fiza Elite tetapi memberi pengajaran kepada mereka tentang nilai perkahwinan.

Adam AF Dan Fiza Elite Rujuk Kembali

Mungkin selepas bertenang dan menyedari kesilapan masing-masing, Adam dan Fiza akhirnya sepakat untuk kembali rujuk pada 19 Ramadan iaitu 17 Julai lepas.

Mendirikan rumah tangga September 2013, pasangan ini pernah mengejutkan peminat apabila bercerai pada 28 April, cuma kira-kira tujuh bulan selepas bergelar suami isteri.

Adam turut kelihatan mendaftar semula rujuk perkahwinannya dengan Fiza di pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam, Selalu lalu.

Menurut pasangan ini kepada akhbar Berita Harian, mereka sudah muhasabah kesilapan masing-masing ketika berjauhan dan kini berazam untuk membaiki perkahwinan sebaik mungkin.

Adam AF Dan Fiza Elite Rujuk Kembali [2]

Bagi mengeratkan hubungan, Fiza turut menyatakan harapannya untuk mengerjakan umrah bersama Adam dan menimang cahaya mata secepat mungkin.

Lebaran lalu, Fiza dan Adam menyambutnya bersama-sama termasuk dengan pulang ke kampung Adam di Sabah.

Alhamdulillah, semoga kebahagiaan akan terus menjadi milik Adam dan Fiza.-Mynewshub.my

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Assalammuaalikum... sentiasa panas,

Alhamdulilah... moga mereka kekal hingga ke syurga...

mselim3

pls: sentiasa panas dah ada top komentar.. moga sahabat sukses selalu k.

Waalaikumsalam mSelim. Begitulah nampaknya sebagai penghargaan buat rakan2 blogger yang sering berkunjung ke blog sentiasapanas. Semoga semua blogger di Malaysia akan sentiasa sukses selalu terutamanya mSelim..:) Amiin

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon