Saturday, July 19, 2014

MH17: Yang Tidak Sepatutnya Kita Katakan


Ada yang positif, namun ramai juga yang berfikiran negatif dengan melontarkan pelbagai soalan dan mencipta spekulasi yang adakalanya tidak masuk akal.

Buk 9K37 Missile MH17

Bermula daripada insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 pada Mac lalu hinggalah kepada kejadian pesawat MH17 terhempas di Ukraine dua hari lepas, ramai netizen yang mengutarakan pendapat mereka menerusi laman sosial.

Namun, kami tertarik dengan status seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fazrin Jamal yang menulis mengenai kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh orang ramai berhubung insiden pesawat MH17:

Perkara perkara yang anda tidak patut katakan berkaitan dengan penerbangan MH17 pada ketika ini:

”Najib harus meletak jawatan”

Najib Razak tak bersalah apa apa pun dalam kejadian ini tapi ada juga penyokong PKR dan PAS yang dengan tak berakalnya menulis komen menggesa perdana menteri meletak jawatan. Sepatutnya dia menyokong usaha pm mendapatkan maklumat berkaitan tragedi ni bukannya politikkan malapetaka.

”Semoga ada umat islam dalam kapal terbang tu terselamat”

Kita bukannya tengah berperang dengan mana mana pihak. Ini adalah malapetaka yang menimpa 298 nyawa yang tak berdosa. Janganlah sifat perkauman atau memihak agama sendiri tu pun nak dibawa masuk dalam isu macam ni.

”Penerbangan MH17. Tarikh terhempas 17hb. Kebetulan?”

Memang kebetulan. Tak payah la nak dihebohkan pasal nombor 17 tu. Tak ada maknanya.

”Ini sebenarnya adalah rancangan Israel untuk mengalihkan perhatian masyarakat dunia daripada keganasan yang berlaku di Gaza”

Nabi Muhammad kata kalau tak ada benda baik nak dicakap lebih baik diam. Aku benci kerajaan Israel tu sebanyak mana engkau membenci tapi benci aku bertempat. Bukan semuanya salah Israel. Tembakan pesawat Malaysia Airlines ni kemungkinan besar berlaku kerana puak pemisah pro-russia menyangka ianya pesawat tentera milik Ukraine.

”Selepas MH370 berlaku pula MH17. Ini sebenarnya amaran yang Tuhan berikan kepada pemimpin malaysia bahawa Tuhan marah dengan segala kemaksiatan yang dibenarkan bermaharajalela di negara kita”

Ini bukan waktunya kau nak menunjuk pandai ilmu agama kau. Sekarang ni keluarga mangsa tengah bersedih jadi janganlah kau nak menulis kata kata bersirat kononnya penumpang kapal terbang tu adalah kambing hitam atas kemurkaan Tuhan terhadap kemaksiatan yang berlaku.

”MAS memang bodoh. Dah tahu itu kawasan konflik yang dia pergi lalu kat situ buat apa?”

Badan penerbangan antarabangsa telah memberitahu Malaysia Airlines bahawa laluan itu selamat untuk dilalui. Malahan, berpuluh puluh syarikat penerbangan lain memberi kebenaran agar ratusan kapal terbang mereka melalui laluan yang sama. Selain itu, kedua dua pesawat milik Ukraine yang ditembak jatuh sebelum MH17 terbang pada ketinggian yang rendah. Oleh itu, memang tak disangka sangka bahawa pesawat pengangkut penumpang MAS yang terbang pada ketinggian yang sangat tinggi boleh ditembak jatuh puak pemisah.

MH17 Hit By Buk9K37 Missile System

Berfikir sebelum berkata.

Jika diteliti, memang ada benarnya apa yang disebut oleh Fazrin Jamal itu.

Terlalu banyak spekulasi tanpa dibekalkan dengan fakta yang jelas sehingga boleh merumitkan lagi siasatan mengenai insiden ini.

Pada saat ini, kita sebagai rakyat Malaysia perlu memberi kerjasama dalam menyokong usaha negara untuk mengenal pasti dalang di sebalik nahas ini dan bukannya hanya tahu menghentam sahaja.-Mynewshub.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon