Wednesday, July 02, 2014

Azwan Ali Mengamuk Makanan Bazar Ramadan Tak Sedap!


Kalau bab melahar rasanya sampai sekarang tak ada orang boleh lawan Azwan Ali. Bukan apa, ayatnya kadang-kadang terlalu bombastik sampai terkedu nak faham.

Azwan Ali Maki Hamun Penjual Bazar Ramadan Tak Sedap!

Terbaru Azwan telah memaki hamun kebanyakan penjual bazar Ramadan sekitar KL yang disifatkannya menjual makanan tak sedap dan rasa sampah.

Azwan Ali Maki Hamun Penjual Bazar Ramadan Tak Sedap! [3]

Tak tahulah peniaga bazar Ramadan mana yang sudah menekan suis kemarahan Azwan tahun ini apabila dia termakan tahu sumbat basi tapi kata Azwan dia sudah pangkah semua bazar Ramadan sekitar KL.

Azwan Ali Maki Hamun Penjual Bazar Ramadan Tak Sedap! [4]

Bila ditegur beberapa pengikut yang tidak setuju dengan kenyataannya Azwan terus meroyan dengan menyamakan mereka ini sebagai anak setan, keturunan pemakan sampah dan hidup merempat sampai tergamak makan tahi.

Azwan Ali Maki Hamun Penjual Bazar Ramadan Tak Sedap! [5]
Azwan Ali Maki Hamun Penjual Bazar Ramadan Tak Sedap! [6]

Maka ‘anak-anak setan’ ini kata Azwan, dengan segera akan diblok oleh pembantu peribadinya yang dibayar RM3,000 seminggu untuk tugas begini secepat mungkin.

Azwan Ali Maki Hamun Penjual Bazar Ramadan Tak Sedap! [7]

Peh, dahsyat betul cara Azwan menggambarkan perasaan hatinya kan? Tak dinafikan apa yang dikatakan Azwan memang ada benarnya cuma mungkin ayat digunakan keterlaluan sampai ke tahap menghina.

Azwan Ali Maki Hamun Penjual Bazar Ramadan Tak Sedap! [8]

Semoga sempena Ramadan ini, keberkatannya dapat melembutkan sedikit hati seorang Azwan Ali agar berfikir dalam-dalam sebelum berbicara. -Mynewshub.my

3 comments

  1. Adik beradik semua giler glamour...perangai x senonoh...Baik Azmin, Azwan dan Umie...!!!

    ReplyDelete
  2. Ada benarnya. Skali tkene jgn beli da kat gerai yg sama. Ada beratus gerai. Pilihan d tangan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu aku sokong sangat.Itulah tidakan org2 yg berakal dan beriman.Aku sendiri pun pernah terkena.Tapi aku tetap sedar bahawa saudara2 kita ini ingin mendapatkan sedikit rezeki bagi keluarga mereka untuk membeli keperluan raya.Apa pun doaku agar dilimpahkan rezeki oleh Allah swt. kepada hambanya yg rajin berusaha itu.

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon