Monday, June 02, 2014

Unik! Air Terjun Dari Mangkuk Tandas Di China


Info Unik Dunia. Terdapat sebuah karya seni yang agak mengejutkan dan pelik yang boleh ditemui di bandar Foshan di tengah wilayah Guangdong, China.

Unik! Air Terjun Dari Mangkuk Tandas Di China

Di situ, pengunjung boleh menyaksikan sebuah air terjun yang dibina menggunakan lebih 10,000 singki dan mangkuk tandas yang dibina pada dinding sepanjang 100 meter dan kira-kira 5 meter tinggi.

Air terjun itu pada mulanya direka untuk Pottery and Porcelain Festival yang diadakan di Foshan pada tahun 2009 iaitu sebuah festival perdagangan yang diadakan di bandar tersebut.

Unik! Air Terjun Dari Mangkuk Tandas Di China [2]

Namun, akhirnya rekaan itu telah dibina secara kekal sebagai lambang sebuah karya seni umum. Malah, ia adalah salah satu karya seni yang sangat mengagumkan dan boleh ditemui di Taman Shiwan.

Air terjun ini telah dicipta oleh seorang artis China, Shu Yong yang telah membinanya bersama pasukannya yang lain. Mereka mengambil masa kira-kira 2 bulan untuk membinanya.

Kesemua bahan untuk pembinaannya diperolehi daripada barangan yang tidak lagi digunakan oleh kilang ataupun yang didermakan oleh penduduk tempatan.

Unik! Air Terjun Dari Mangkuk Tandas Di China [3]

Semua singki dan mangkuk tandas ini bersambung diantara satu sama lain ke satu punca air supaya ia boleh digunakan.

Bila semuanya berfungsi, ia akan membentuk air terjun yang unik dan menjadi salah satu daya tarikan untuk penduduk tempatan dan pelancong asing.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon