Friday, June 13, 2014

"Nak Cium Isteri, Saya Punya Pasallah!" - Nabil


Jika sebelum ini dramatis Rozita Che Wan teruk dikritik kerana berkongsi gambar bercium dengan suami, Zain Saidin di laman Instagram, pelawak Nabil Ahmad turut tidak terkecuali menerima kecaman yang sama.

Nabil-Cium-Isteri

Sebaik berkongsi gambarnya mencium pipi isteri, Nazirah Ayub di kota cinta, Paris, sebilangan pengikut Nabil telah memberikan komen pedas mengenai foto yang dikongsikannya itu.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Nabil berkata, “Cium pipi, itulah yang saya pelik sikit tu sebab, minta maaf cakap la ya, ramai artis yang belum kahwin mereka pergi bercuti berdua, haters relax jer tak pula kritik".

"Tapi kami ni dah jadi suami isteri. Saya punya pasallah! Nak cium ke apa sebab yang saya cium tu isteri saya, bukan orang lain", ulasnya memetik Rotikaya.

Enggan mengambil pusing setiap komentar negatif yang ditinggalkan pengikutnya, Nabil sebaliknya hanya berkongsi gambar tersebut untuk menunjukkan momen-momen bahagianya di sana bersama isteri sementelah ini merupakan kali pertama kedua-dua figura ini menjejakkan kaki ke Eropah.

Nabil-Cium-Isteri [2]

Sementara itu, Nabil mendedahkan mereka kini sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua selepas usia anak sulungnya, Naira Mikayla kini sudah pun genap berusia dua tahun. -Mynewshub.my

5 comments

  1. Salam SP...Banyak kita lihat insan2 berjaya, menunjuk-nunjuk.Banyak juga yang nak dedah itu dan ini tapi lupa tutup
    yg terdedah.Yang sedihnya pula...bila dah di atas kepala tunduk ke bawah tapi mata menjeling ke atas...hmmm insan

    ReplyDelete
  2. ye lah nabil..
    isterikau jugakkan :P

    ReplyDelete
  3. Masih tak serik2 lagi artis Malaysia ni kan. Ingatkan Hollywood ke..huhu

    ReplyDelete
  4. Melayu takkan hilang....cuma adat dan tatasusila yang.....

    ReplyDelete
  5. Kucing nampak anjing mengiau,anjing nampak hantu(ada jg hantu bertopengkan org) menyalak,kalau tak nak di ngiau miaw miaw..dan di salak whoh whoh...jadilah orang

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon