Thursday, May 29, 2014

Selepas Cadbury, Babi HALAL Dalam Tin Pula!


Geleng kepala dibuatnya tatkala melihat gambar yang dikongsikan menerusi Facebook Nescafeais.com.

Babi-HALAL-Dalam-Tin

Macam mana produk daging babi kisar yang sah-sah haram untuk orang Islam boleh diletakkan logo halal?

Biarpun ia bukan logo halal JAKIM, ia tetap perbuatan yang salah dan mungkin boleh mengelirukan.

Bayangkan kalau ada orang yang kurang cerdik dan tidak memahami perkataan ‘pork’ itu, tak pasal-pasal dibelinya juga sebab nampak logo halal.

Parah-parah...

Apapun, diharap agar pihak berwajib terutamanya JAKIM membuat pemantauan lebih menyeluruh bagi mengelakkan lebih banyak kes seumpama berlaku. -Mynewshub.my

Apakah Kilang Cadbury Perlu Dibakar?

Coklat-Cadbury-Haram

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyifatkan tindakan segelintir badan bukan kerajaan yang mahu membakar kilang Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd (Cadbury) sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan imej Islam.

Presidennya, Amidi Abd Manan berkata walaupun penemuan DNA khinzir dalam dua produk coklat Cadbury merupakan perkara serius, namun tindakan yang dipenuhi emosi dan tidak rasional hanya akan memalukan umat Islam.

“Kenyataan sebegini jelas menunjukkan kedangkalan kefahaman individu tersebut berkaitan agama Islam.

“Islam sebagai agama kesejahteraan sentiasa menonjolkan sifat rahmat dan kasih sayang Allah, apatah lagi makanan itu dimakan tanpa diketahui dan disedari mengandungi unsur daripada babi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam Selasa.

Amidi berkata selain mengenakan tindakan tegas terhadap syarikat terbabit, prosedur susulan dalam penguatkuasaan Akta Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu diperbaiki.

Sabtu lepas Kementerian Kesihatan mengesahkan penemuan DNA khinzir dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).

Susulan daripada itu Jakim menggantung serta merta sijil pengesahan halal dua produk keluaran Cadbury itu. -mStar Online

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon