Monday, May 12, 2014

HOT! Powerbank Yang Hanya Berharga RM36?


Sudah semestinya powerbank menjadi aksesori paling penting buat pengguna telefon pintar pada zaman masa kini.

Mi Power Bank

Powerbank yang bersaiz kecil, padat dengan kuasa pengecasan serta pada harga yang sangat berpatutan boleh dianggap sesuatu yang sangat sukar untuk ditemui di pasaran.

Tetapi Xiaomi pasti akan memberikan jawapan kepada permasalahan dalam mencari powerbank yang sesuai buat anda!

Syarikat teknologi dari China ini benar-benar ingin menarik minat pengguna tempatan dengan menawarkan pelbagai peranti mereka pada harga rendah.

Xiaomi dilihat akan menawarkan salah satu aksesori mereka, Mi PowerBank untuk pasaran tempatan.

Mi Power Bank yang akan ditawarkan adalah berkapasiti 10400mAh, dan akan dijual pada harga RM36 melalui laman web rasmi mereka bermula 20 Mei kelak.

Menyediakan sebuah halaman khusus untuknya, Xiaomi mengatakan ia hadir dengan kerangka berasaskan aluminium, serta dilengkapi teknologi sel bateri daripada LG dan juga Samsung.

Daripada carta yang disediakan oleh Xiaomi, menggunakan Mi Power Bank, pengguna boleh mengecas semula iPad Mini sebanyak 1.5 kali, dan iPhone 5S sebanyak 4.5 kali.

Mungkinkah penyertaan Xiaomi ke Malaysia akan mengubah landskap penawaran harga beberapa peralatan elektronik di Malaysia? -Mynewshub.my

Powerbank Terkecil Di Dunia

Powerbank Terkecil Di Dunia

Kebiasaanya, di abad yang moden ini telefon pintar/bimbit merupakan peranti wajib yang kita harus ada dan sememangnya menjadi keperluaan di masa kini.

Oleh itu juga pasti akan terjadi satu senario yang tidak dapat dielakkan oleh semua, iaitu apabila anda terlupa untuk mengecas peranti pintar anda, yang dimana akan merumitkan keadaan jika anda di dalam kecemasan ataupun di masa yang sangat penting.

Ini bermakna, segala jenis kemungkinan ini perlulah di atasi dengan persedian, dan apa yang terbaik untuk mengatasi kemungkinan ini ialah dengan menggunakan powerbank.

Powerbank Terkecil Di Dunia [2]

Bagi anda yang biasa membawa powerbank untuk telefon pintar anda semestinya menginginkan powerbank yang mudah dibawa, ringan dan tidak membebankan.

Oleh itu, produk powerbak ‘Fuel’ pasti membantu kerana ia merupakan powerbank telefon paling kecil di dunia.

Ya, powerbank ini merupakan terkecil di dunia di mana ia menjimatkan segala jenis kemungkinan yang kita tidak pasti berlaku. Ia mempunyai ukuran lebar sebanyak 3.3 cm x 2.3 cm x 1.3 cm.

Sudah tentu saiz ia tidak mampu untuk memberikan kuasa pengecasan yang lama tapi ia akan membantu anda disaat kecemasan.

Powerbank Terkecil Di Dunia [3]

Powerbank Fuel mudah alih ini di perbuat daripada aluminium dan dengan namanya sudah pasti anda tahu bentuknya yang seakan bekas tin minyak aluminum dan ia sangat menarik jika di selitkan kunci menjadikan ia seakan ‘keychain’. Sangat kreatif! -Firebox.com

-Sentiasapanas.com

2 comments

  1. Replies
    1. Mi Power Bank ni boleh beli di lelong.com.my tapi Fuel Power Bank kurang pasti kalau dah ada dipasaran Malaysia.

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon